Portal myTNB: Semakan dan Pembayaran Bil TNB Online

0 17

Portal myTNB merupakan portal semakan dan bayar bil penggunaan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) secara online.Seiring dengan kemudahan teknologi kini dimana pembayaran untuk bil telefon, bil air, langganan internet dan bil elektrik boleh dilakukan secara online dengan mudah dan cepat.

Pihak TNB menyediakan portal ini bagi kemudahan pengguna untuk bayar bil elektrik dan mengakses pelbagai kemudahan lain antaranya mendaftar meter secara online, menyemak status permohonan dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Cara daftar akaun Portal myTNB

Sebelum menggunakan kemudahan yang disediakan,anda perlu ikuti langkah di bawah untuk pendaftaran akaun:

  1. Pergi laman rasmi myTNB
  2. Klik pada halaman Register for New Account
  3. Isikan segala butiran yang diminta: Nama penuh, No kad pengenalan, nombor telefon, emel dan password
  4. Klik pada butang persetujuan terma dan syarat
  5. Klik pada butang “Create Account”

Cara Semak bil dan penggunaan tenaga elektrik

Setelah anda selesai membuat pendaftaran dan buat akaun baru,anda boleh log masuk ke akaun anda dan lihat di dashboard utama.anda boleh lihat disitu tertera segala bil dan jumlah penggunaan tenaga elektrik bagi setiap bulan.Graf di disediakan untuk membuat perbandingan bagi setiap bulan.

Yang paling penting,pastikan akaun anda adalah betul dan sama di dalam bil penyata TNB anda supaya anda tidak terbayar untuk akaun orang lain.

Boleh juga baca: DuitNow:Cara Daftar,Guna Dan Senarai Bank

Cara bayar Bil TNB online

Di dalam portal tersebut,anda pergi ke bahagian bil elektrik anda dan ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Klik pada butang “Pay Now”
  2. Anda boleh memilih untuk bayar sama ada secara perbankan internet, menggunakan kad kredit atau debit
  3. Isikan segala butiran yang diperlukan untuk membuat pembayaran
  4. Apabila pembayaran selesai, anda akan dibawa ke halaman baru sebai bukti bahawa bayaran anda telah diterima

Pembayaran Melalu aplikasi myTNB

Untuk membuat pembayaran melalui aplikasi yang di sediakan,anda perlu muat turun aplikasi tersebut di :

Melalui aplikasi ini,anda juga boleh akses kemudahan berikut:

  • Ketahui berapa banyak elektrik yang telah anda gunakan
  • Lihat jumlah bil elektrik anda untuk semua akaun TNB anda
  • Bayar bil elektrik anda bila-bila masa, di mana sahajaKirim maklum balas untuk sebarang perkara yang berkaitan dengan bil dengan cepat

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

  1. Email : tnbcareline@tnb.com.my
  2. CareLine: 1-300-88-5454
Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More