Pegawai Imigresen: Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM

0 147

Pegawai Imigresen KP19 merupakan jawatan yang di tawarkan oleh JPJ untuk lepasan SPM.Kepada Lepasan SPM yang berminat dan layak,Jabatan Imigresen Malaysia membuka peluang permohonan mengisi kekosongan jawatan tersebut

Permohonan adalah di buka sepanjang masa dan tertakluk kepada kepada kekosongan semasa.Anda layak membuat permohonan in jika kelayakan anda adalah minima SPM dan memenuhi syarat yang ditetapkan

Maklumat Penjawatan

  • Nama Majikan: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Jawatan: Pegawai Imigresen KP19
  • Jumlah Kekosongan: Tertakluk kepada pengambilan
  • Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang masa
  • Gaji minimum: RM1,360.00
  • Gaji maksimum: RM4,052.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM100

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00) atau
    ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40) atau
    iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Boleh juga baca: Pembantu Penguatkuasa JPJ:Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM

Peranan Jawatan Pegawai Imigresen

Deskripsi tugas ialah :

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Cara Mohon

Jika anda rasa berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan,anda boleh membuat permohonan melalui online dengan mengisi borang permohonan di  laman web rasmi SPA

Untuk daftar dan cara permohonan di SPA9,boleh Rujuk DISINI

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan,anda boleh rujuk melalui saluran berikut:

 Laman web rasmi SPA http://www.spa.gov.my/

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan.Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More