Daftar CIMB Clicks.Perbankan di atas talian sangat penting di zaman sekarang ini,apatah lagi banyak transaksi dilakukan secara online.Kepentingan untuk menyemak transaksi melalui online sangat mudah di zaman sekarang.
Bagi pemegang akaun CIMB,anda wajib daftar CIMB Clicks untuk membuat transaksi secara online dan menyemak baki simpanan anda.Bagi orang yang mempunyai jadual kerja yang sibuk, transaksi melalui juruwang di cawangan bank atau ATM sudah tentu akan memakan masa yang lama.Jesteru itu,perbankan secara online adalah jalan yang paling cepat dan menjimatkan masa
Apa itu CIMB Clicks?
CIMB Clicks adalah kemudahan perbankan Online yang disediakan oleh pihak CIMB Bank untuk pelanggan mereka.Banyak kemudahan yang disediakan melalui perbankan internet ini.
Berikut adalah fungsi-fungsi menarik yang di tawarkan oleh pihak CIMB untuk pelanggan mereka melakukan transaksi kewangan secara online:
- Semakan akaun – Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.Semak baki akaun, lihat sejarah transaksi, muat turun ePenyata & banyak lagi 24/7, semuanya dari satu tempat.
- Pemindahan Wang – Memindahkan wang dalam dan luar negara dengan mudah. Dengan DuitNow, anda boleh menikmati pemindahan tempatan yang lebih pantas menggunakan nombor mudah alih penerima.
- Membayar bil Bayar bil/Kad/Pinjaman – Lebih 2,000 penerima bil melalui JomPAY di seluruh negara.
- Tambah nilai – Anda boleh memuat semula kredit dengan serta-merta dan selamat melalui CIMB Clicks.
- Mohon & Melabur – Letakkan simpanan tetap, beli unit amanah, pelaburan emas, eIPO, ASNB, TravelCurrency & banyak lagi.
- QR Pay – Buat pembayaran tanpa tunai dengan cepat apabila anda membuat pembayaran di juruwang dengan aplikasi CIMB Clicks.
- Pemindahan Asing – Hantar wang anda ke luar negara dengan selamat melalui Pemindahan Telegraf Asing atau SpeedSend.
dan banyak lagi.
Cara Daftar CIMB Clicks
Sebelum Log in Kali pertama,Anda mestilah terlebih dahulu daftar akaun anda.Untuk daftar anda hendaklah berkunjung ke cawangan CIMB yang berdekatan anda untuk daftar di mesin ATM.Ikuti langkah-langkah berikut:
- Masukkan kad dan nombor PIN
- Pada menu, pilihan Branchless Banking
- Pilih pendaftaran CIMB Clicks
- Selepas itu anda perlulah mendaftarkan nombor telefon dan menetapkan 6 digit no PIN
- Seterusnya anda akan diminta menetapkan password. Password ini boleh diubah kemudian
- Berikutnya, masukkan nombor handphone.
- Seterusnya, anda boleh cetak resit bukti pendaftaran untuk rujukan anda
- Kod pengaktifan akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Anda juga boleh baca: Cara Kemaskini No Telefon CIMB Untuk Perbankan Internet
Cara Aktifkan akaun CIMB Clicks
Setelah anda membuat pendaftaran di ATM CIMB dan sudah tetapkan No pin dan kemaskini no telefon,anda perlu aktifkan akaun anda.Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat pengaktifan akaun:
- Pergi laman rasmi CIMB Clicks di https://www.cimbclicks.com.my/
- Pada bahagian menu, klik “Register for Clicks”
- Langkah satu: Pilih “CIMB ATM/DEBIT & Credit Card”
- Masukkan nombor kad ATM, 6 digit nombor pin ATM dan tulisan CAPTCHA pada skrin
- Kemudian, tandakan pada kotak persetujuan Terma dan Syarat dan tekan
- Klik butang NextTunggu kod pengaktifan OTP dihantar ke nombor telefon anda
- Masukkan User ID dan kata laluan anda
- Masukkan nama ibu, emel dan juga perkataan keselamatan
- Abaikan bahagian “Introducer’s Details”
- Klik butang I Agree & Submit
Cara Login CIMB Clicks
Setelah anda aktifkan akaun anda,seterusnya anda boleh Login untuk pertama kali di akaun anda.Berikut langkah-langkah untuk anda login:
- Di Homepage Utama klik butang Login to Clicks
- Isikan User ID anda
- Klik butang Login
- PENTING,Pastikan gambar SecureWord sama dengan SecureWord yang anda tetapkan
- Kemudian, klik pada kotak “Yes, This is my SecureWord”
- Masukkan password
- Klik butang Login dan Selesai
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi:
Laman rasmi: Laman Rasmi Cimb
No telefon :03-6204 7788