Cara Daftar Haji Guna KWSP Akaun Pertama

0 413

Daftar haji guna KWSP,boleh ke?Seperti yang kita sedia maklum untuk daftar Haji kita memerlukan simpanan Rm1300 dahulu barulah anda boleh mendaftar haji.Sesetengah orang merasakan jumlah ini sangat besar dan tidak mampu.

Untuk makluman,Kita boleh daftar haji dengan KWSP melalui akaun pertama dengan mempunyai RM1300 dalam akaun pertama.Jom ikuti perkongsian kami cara daftar haji melalui KWSP dengan akaun pertama

Syarat pendaftaran

Bagi ahli yang ingin memohon,anda perlu rujuk syarat untuk mendaftar seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
  2. Beragama Islam
  3. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
  4. Berumur 14 hingga 55 tahun sahaja
  5. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
  6. Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Untuk makluman:

  • Melalui skim pendaftaran haji ahli KWSP, Pendeposit TH hanya perlu mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP semasa membuat pendaftaran haji.
  • Ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada skim pendaftaran haji KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan dan penyata ahli KWSP mereka. Tahun pilihan/peruntukan haji mereka yang asal akan dikekalkan.

Dokumen untuk pendaftaran

Untuk membuat pendaftaran,anda perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. Penyata ahli KWSP

Untuk menyemak penyata KWSP anda,anda boleh ikuti cara INI

Anda juga boleh baca: Permohonan Pengeluaran KWSP Beli Rumah

Cara Daftar Haji Guna KWSP

Untuk membuat permohonan,anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Daftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP 
  2. Boleh pergi di mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat atau Bank Islam
  3. Jangan lupa bawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP
  4. Pergi ke kaunter dan beritahu pegawai untuk buat pendaftaran haji/ tukar kaedah pendaftaran bagi yang pernah mendaftar mengikut prosedur biasa
  5. Lepas pendaftaran dan cop jari, pendaftaran anda selesai
  6. Giliran tahun menunaikan Haji akan diberikan kepada anda

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh ikuti melalui saluran berikut:

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-89226000

Laman Rasmi Tabung Haji: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off

Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan. Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.


Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More