Cara Tukar Nama Geran kenderaan jika pemilik asal kereta anda meninggal dunia?Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu di lakukan sekiranya ingin tukar hak milik atau tukar nama jika Owner kereta meninggal dunia.
Untuk makluman,untuk membuat proses tukar nama anda perlu ikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.Pertukaran ini penting bagi membolehkan pengguna baru memperbaharui cukai jalan dan mengambil perlindungan insuran jika menggunakan kenderaan tersebut sebagai kegunaan harian
Cara Tukar Nama Geran kenderaan/Proses hak milik jika pemilik asal meninggal dunia
Berikut adalah maklumat lanjut proses pertukaran nama:
1) Pembaharuan Cukai Jalan
Untuk pembaharuan cukai jalan (Road Tax) bagi kenderaan yang masih berdaftar atas nama pemilik yang telah meninggal dunia:
- Cukai jalan hanya boleh diperbaharui sekali sahaja untuk tempoh 6 bulan oleh waris terdekat selepas tarikh akhir cukai jalan berkenaan
- Urusan pembaharuan cukai jalan tersebut hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja
- Selepas tempoh 6 bulan itu tamat, pembaharuan cukai jalan ke atas kenderaan terbabit tidak boleh dibuat lagi.
- Waris atau pengguna baru perlulah membuat permohonan pertukaran hak milik jika ingin membuat pembaharuan cukai
2) Pemilik Baru Yang Berhak Ke Atas Kenderaan Yang Ditinggalkan
- Waris yang telah ditetapkan oleh si mati
- Jika si mati tidak menetapkan waris penerima kenderaan tersebut, waris si mati boleh membuat permohonan yang berkenaan dan salah satu caranya adalah dengan membuat permohonan di Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil / Pejabat Tanah berdekatan bagi menetapkan siapa yang berhak (agihan) terhadap harta yang ditinggalkan. Dalam perkara ini kenderaan contohnya kereta (kategori Harta Alih)
- Rujuk Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil/ Pejabat Tanah untuk prosedur permohonan dan senarai dokumen yang diperlukan.
- Selesai agihan harta, waris yang menerima kenderaan tersebut akan mendapat Surat Pentadbir Pusaka ke atas setiap pemilikan harta yang ditinggalkan.
- Surat pentadbir tersebut digunakan oleh waris yang berhak dalam proses pertukaran hak milik kenderaan sebagai bukti pengesahan atau sokongan pemilikan baru.
Contoh pengesahan dan sokongan pemilik baru:
3)PUSPAKOM
Untuk urusan Puspakom dalam pemindahan hak milik, waris perlu ketahui beberapa maklumat berikut:
- Sebelum pindah milik, semua kenderaan persendirian perlu menjalani pemeriksaan mandatori.
- Pada akhir pemeriksaan, pihak Puspakom akan mengeluarkan laporan B5, yang diperlukan oleh JPJ apabila memindahkan pemilikan kenderaan
- Waris perlu bawa kenderaan (kecuali Motosikal) dan geran asal untuk urusan pemeriksaan di Puspakom
- Selesaikan dulu urusan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil baru buat pemeriksaan kenderaan di Puspakom kerana urusan Pembahagian Harta Pusaka Kecil mungkin mengambil masa yang berbulan-bulan berbanding tempoh sah laporan B5 Puspakom digunapakai hanya 30 hari sahaja
Berikut adalah panduan Pemeriksaan Tukar Hak Milik di Puspakom:
Boleh juga baca: Peraturan Cermin Gelap JPJ/PUSPAKOM Yang Dibenarkan:Syarat Dan Cara Memohon
4. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Untuk urusan di JPJ,berikut adalah proses pertukaran pemilik:
- Setelah menerima pengesahan milikan sebagai pemunya baru kenderaan tersebut dari pentadbiran pusaka atau perintah mahkamah serta kelulusan dari Puspakom, pemohon boleh mula membuat urusan Pertukaran Milikan di cawangan JPJ berdekatan.
- Rujuk kepada senarai borang yang diperlukan untuk urusan pertukaran hak milik dan lengkapkan dengan sempurna.
- Waris perlu bawa sijil kematian asal pemilik kenderaan yang meninggal dunia
- Untuk urusan cukai jalan boleh tanya pengawai JPJ berkenaan manakala insuran rujuk kepada syarikat insurans yang dipilih oleh pemohon
Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Hilang:Cara mohon baru dan kadar denda
Berikut adalah borang dan dokumen yang berkaitan:
Proses tukar hak milik dan Cara Tukar Nama Geran kenderaan jika pemilik meninggal dunia
Untuk membuat pertukaran nama dari si mati kepada pengguna baru,boleh ikuti langkah-langkah berikut:
1.Isi dan lengkapkan borang Pertukaran Hak Milik Dan Dokumen Pengesahan
Perkara paling utama adalah pemohon perlu melengkapkan borang pertukaran hak milik dan dokumen pengesahan pentadbir/ pemilikan atau sokongan yang diperlukan.Berikut adalah borang-borang yang berkaitan:
- Dua salinan borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)MUAT TURUN BORANG JPJ K3A
- Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2 / Geran) atau yang terbaharu Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
- Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut:
i) Surat perintah Mahkamah
ii) Surat Geran Probet (Grand Letter of Probate)
iii) Surat Akuan/ Arahan oleh Amanah Raya Berhad - Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah
- Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
2.Anda hendaklah hadirkan diri ke kaunter JPJ yang berdekatan anda
Setelah anda menyediakan semua borang yang berkenaan,anda hendaklah hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan untuk urusan proses tukar nama hak milik.
Jika anda menghantar wakil untuk urusan tersebut,wakil anda perlu membuat pengisian borang lain dan maklumat pengesahan identiti.
Nota:
- Maklumat, borang dan prosedur pertukaran nama hakmilik bagi kenderaan kematian pemilik asal adalah tertakluk kepada perubahan atau pindaan semasa oleh pihak JPJ
- Rujuk cawangan JPJ berdekatan untuk mendapatkan keterangan lanjut serta maklumat terkini bagi urusan pertukaran hak milik berkenaan
- Maklumat yang dinyatakan adalah khusus untuk kenderaan persendirian milik sepenuhnya kepada pemilik yang meninggal dunia dan kenderaan tersebut tidak terikat dengan sebarang baki pinjaman mana-mana institusi kewangan atau perbankan
- Jika sebaliknya, sila rujuk dengan pihak JPJ atau institusi kewangan / perbankan yang terlibat bagi mendapatkan keterangan lanjut
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Talian Hotline JPJ: 030-8000-8000
Laman Rasmi: https://www.jpj.gov.my/