Estimated reading time: 2 minutes
Lesen Memandu Hilang?Sudah tentu kita pernah mengalami kehilangan barang-barang penting ini lagi-lagi barang-barang penting seperti Kad Pengenalan, Kad Bank, Sijil Lahir dan sebagainya.Kebiasaanya bila kita ingin membuat permohonan baru untuk dapatkan balik dokumen penting tersebut,kita akan dikenakan caj denda.
Jika kehilangan Kad Pengenalan,sekarang penggantian kehilangan kad pengenalan boleh di lakukan secara online.Macam mana pula kalau kehilangan lesen memandu?
Boleh rujuk : Cara Mohon Gantikan MyKad Hilang/Rosak Secara Online
Kadar denda untuk Lesen Memandu Hilang
Berikut adalah kadar caj/bayaran yang di kenakan:
- Caj denda kehilangan: RM20
- Caj renew lesen baru: RM30
Dokumen penting untuk penggantian
Berikut adalah dokumen yang di perlukan bersama kadar bayaran untuk membuat permohonan lesen memandu baharu:
- Borang permohonan penggantian lesen (JPJ L1) di JPJ
- Kad pengenalan
- Wang denda + renew lesen baru
- Salinan lesen memandu (jika ada)
Cara untuk mohon lesen baru
Seperti yang kita sedia maklum,Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) ialah agensi yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal pelesenan kenderaan dan pemandu.Berikut adalah cara untuk mohon lesen baru bagi lesen hilang:
- Hadirkan diri ke cawangan JPJ berdekatan bersama semua dokumen di atas dan wang untuk bayaran
- Isi borang JPJ L1 (borang permohonan lesen memandu) yang boleh didapatkan di kaunter JPJ
- Tunggu giliran anda dipanggil, berikan borang JPJ L1 ke pegawai JPJ bertugas
- Siapkan duit RM20 bagi dapatkan lesen memandu baru. Jika perlu sila buat pembaharuan lesen memandu anda untuk menambah tempoh tahun lesen
- Anda hendaklah duduk dan tunggu sekejap untuk lesen memandu anda selesai di cetak
Makluman: Bagi lesen memandu yang hilang di sebabkan kecurian atau rompakan,anda hendaklah membuat laporan polis dahulu untuk mendapatkan pengecualian bayaran untuk lesen baharu.
Boleh juga baca: Cara memperbaharui Passport online Melalui MyOnline Passport
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
No telefon : 03 8000 8000
Laman Rasmi: https://www.jpj.gov.my/
