Estimated reading time: 3 minutes
i-Muamalat merupakan perbankan online untuk Bank Muamalat.Kemudahan ini diwujudkan untuk pengguna mereka menguruskan akaun dan transaksi pembayaran secara atas talian.
Bank Muamalat merupakan Bank kedua yang mengamalkan Perbankan Islam di bawah “Akta Perbankan Islam 1983″selepas Bank Islam.Jom kami kongsikan cara untuk anda daftar perbankan Internet Bank Muamalat.
i-Muamalat Perbankan Online Bank Muamalat
Kemudahan Online Banking ini memberi banyak kelebihan kepada pengguna Bank Muamalat untuk menguruskan akaun,transaksi dan urusan pembayaran secara online.
Berikut adalah kemudahan yang disediakan melalui i-Muamalat :
- Pemindahan wang
- Pembayaran bil
- Semakan baki akaun
- Semakan transaksi kewangan
- … dan banyak lagi
Aplikasi Telefon i-Muamalat
Bagi memudahkan pengurusan akaun online anda,Bank Muamalat juga ada menyediakan Aplikasi i-Muamalat untuk anda melakukan pengurusan akaun dan kewangan terus dari telefon dan gajet anda.
Aplikasi tersebut boleh di muat turun melalui pautan di bawah:
- Google Play – Android
- App Store – iOS
Berikut kemudahan yang di tawarkan di aplikasi tersebut:
- Log Masuk & Pengesahan Keselamatan dengan Cap Jari (pilihan)
- Pengurusan Akaun – CASA, FCA, Pembiayaan dan FTA-i
- Sejarah Transaksi – CASA, FCA
- Pindahan Dana (Intrabank)
- Pindahan Dana (Antara Bank)
- Bayaran Bil & Lain-lain
- Bayaran Pembiayaan
- JomPAY
- Tambah Nilai Prabayar
- Pengurusan Semakan – Siasatan
- Pemberitahuan SMS TAC
- Transaksi Berjaya – Siasatan
- Bank Muamalat Malaysia Berhad Branch Locator
- Waktu Solat dan Arah Kiblat
- DuitNow
- QR DuitNow
- Pajak Gadai Flex
Anda juga boleh baca: Cara Daftar RHB Online Banking
Cara Daftar Bank Muamalat Online Banking
Untuk membuat pendaftaran Perbankan Online Bank Muamalat,anda perlu mempunyai akaun dengan Bank Muamalat terlebih dahulu.Berikut adalah cara untuk anda daftar Online Banking:
- Layari laman web i-Muamalat di https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Klik pada butang “First Time Registration”
- Tandakan pada kotak Accept pada Terms and Conditions
- Kemudian klik Next
- Pada ruangan Bank Card Number, masukkan nombor kad 16 digit yang tertera pada bahagian hadapan kad debit anda.
- Untuk ATM Pin, masukkan nombor PIN enam digit akaun anda.
- Pada ruangan Identity Type, pilih jenis identiti anda yang anda ingin guna. Sekiranya anda ingin memasukkan nombor kad pengenalan baru anda, pilih MYKAD.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda, sekiranya anda memilih MYKAD.
- Pada ruangan Mobile Number for TAC, masukkan nombor telefon anda untuk meminta nombor TAC.
- Klik next dan seterusnya ruangan Username, masukkan username yang anda ingin guna untuk akaun anda. Username anda mestilah panjang 6-12 aksara, dan mestilah alphanumeric (alphanumeric bermaksud ada gabungan abjad, nombor dan simbol)
- Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah panjang 8-12 aksara, dan juga mestilah alphanumeric.
- Kemudian, Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan tersebut.
- DI bahagian Security Image, pilih gambar yang anda ingin guna sebagai pengesahan untuk akaun anda.
- Tekan butang Submit
- Pendaftaran i-Muamalat Berjaya.
Login akaun i-Muamalat pertama kali
Setelah berjaya membuat pendaftaran,anda boleh login untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan.Berikut adalah cara login:
- Layari portal i-Muamalat di pautan https://www.i-muamalat.com.my/rib/index.do
- Masukkan Username
- Tekan butang Next
- Sahkan Security Image anda
- Tick pada kotak pengesahana
- Masukkan Password atau kata Kata Kunci
- Klik butang Login
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Talian khidmat pelanggan: 03-2600 5500
Berita baik,ada tawaran hadiah berupa wang tunai RM100 kepada follower telegram
JOIN TELEGRAM | LINK PAUTAN |
Telegram Hebahan Bantuan Kerajaan | HEBAHAN BANTUAN KERAJAAN |
