Beli Tiket Wayang Online:Panduan Lengkap (GSC, MBO,TGV,LFS)

Beli tiket wayang online dengan mudah dimana sahaja tanpa beratur di kaunter dengan kemudahan online yang di sediakan.

Kini anda boleh tempah masa dan tarikh yang anda inginkan bila ingin ke pawagam untuk menonton wayang

Beli sahaja melalui online dan caranya sangat mudah.Jom kami kongsikan di bawah cara pembelian online melalui setiap website/aplikasi yang di sediakan oleh panggung wayang pilihan anda.

Cara Beli Tiket Wayang Online di GSC

Untuk beli tiket wayang di GSC,anda boleh rujuk langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi GSC Cinema di Google Playstore / Apple Store atau layari laman web GSC di pautan https://www.gsc.com.my/main/home
  • Pelanggan baharu perlu daftar/ Sign Up untuk buat tempahan tiket secara online. Pelanggan yang sudah ada akaun boleh Sign In seperti biasa.
  • Selepas anda log masuk, pergi ke laman utama dan pilih filem yang anda ingin tonton. Anda juga boleh tekan ikon Search untuk cari filem pilihan anda.
  • Tekan pada filem pilihan anda dan pilih pawagam berhampiran serta tarikh dan masa tayangan yang anda inginkan.
  • Kemudian, anda akan dibawa ke bahagian pemilihan tempat duduk. Pilih seat yang masih kosong dan tekan Confirm.
  • Seterusnya, anda perlu pilih tiket berdasarkan kategori dan bilangan sama ada dewasa, kanak-kanak, OKU, warga emas atau pelajar.
  • Tekan Confirm untuk sahkan pembelian tiket. Setelah itu, anda boleh buat pembelian tambahan untuk makanan jika anda mahu. Jika tidak berminat, anda boleh skip langkah ini dan terus ke proses pembayaran.
  • Pada laman Summary, semak semua maklumat dan pastikan ia betul. Kemudian, tandakan tick pada Terma dan Syarat. Selepas itu, tekan Checkout & Pay.
  • Pilih kaedah pembayaran dan lengkapkan proses pembayaran hingga selesai.
  • Pembelian tiket GSC secara online selesai. Anda boleh semak pembelian tiket di Profile > My Tickets.

Cara Beli Tiket Wayang di MBO Online

Untuk pembelian tiket,anda boleh rujuk cara di bawah:

  1. Buka aplikasi MBO Cinema (Google Play / Apple Store) atau layari pautan https://mbocinemas.com/browsing/
  2. Log masuk dengan menggunakan akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu hendaklah dafatr akaun terlebih dahulu
  3. Sebaiknya anda mencari pawagan yang berhampiran anda atau mana-mana pawagan pilihan anda terlebih dahulu dengan klik pada ikon Menu (garis tiga bertindih) dan klik Cinemes
  4. Untuk melihat movie yang sedang berlangsung dan sedang di mainkan di pawagan, klik pada View Showimes
  5. Paparan movie yang sedang berlangsung akan terpapar atau anda boleh klik pada search untuk mencari movie pilihan anda.
  6. Klik pada pilihan movie anda inginkan, paparan akan menunjukkan senarai waktu tayangan mengikut lokasi pawagam. Anda perlu membuat pilihan mengikut senarai yang diberikan
  7. Seterusnya anda perlu membuat pilihan jenis tiket berdasarkan katagori beserta bilangan anda sama ada:
    • Adult Standard
    • Adult VIP
    • Child Standard
    • Child Vip
    • Adult Couple (P)
  8. Setelah selesi klik pada Continue. Seterusnya pilih mana-mana seat yang masih avalaible dan klik Continue
  9. Seterusnya maklumat pengesahan akan tertera, sahkan maklumat tersebut dan klik Checkout
  10. Isikan butiran yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Email
    • No Telefon
  11. Seteleh lengkap klik continue. Pilih kaedah pembayaran anda inginkan, tick pada terma dan syarat dan klik Pay Now. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  12. Status pembelian tiket akan terpapar. Pembelian tempahan tiket anda telah berjaya

Anda juga boleh baca: MyBayar Saman:Pembayaran dan Semakan Saman PDRM online

Cara Beli Tiket Wayang Online di TGV

Untuk pembelian,boleh ikuti panduan di bawah:

  1. Sila muat turun aplikasi TGV Cinemas di Google Play Store atau App Store anda.
  2. Buka aplikasi TGV Cinemas.
  3. Pada laman utama, sila tekan pada ikon Cinemas terlebih dulu untuk mencari pawagam berhampiran anda.
  4. Lokasi pawagam berserta senarai filem, tarikh dan waktu yang available akan dipaparkan (jangan lupa untuk adjust tarikh dan hari tayangan yang anda nak tengok pada bahagian atas skrin).
  5. Kemudian, scroll ke bawah dan lihat pada bahagian filem yang anda nak tonton.
  6. Pilih Waktu untuk menonton.
  7. Pada laman seterusnya, tekan butang Continue as Guest di bahagian bawah skrin (sila Sign In jika anda mempunyai akaun ahli TGV atau tekan butang Join Now jika ingin mendaftar sebagai ahli TGV).
  8. Kemudian, masukkan Email yang aktif dan Nombor Telefon pada bahagian Guest Details dan tekan Proceed.
  9. Berikutnya, pilih tempat duduk anda pada tempat duduk yang masih kosong atau belum ditempah.
  10. Jika tiada apa-apa masalah, tekan butang Continue.
  11. Seterusnya, anda akan dibawa ke bahagian Select Ticket Type untuk memilih jenis tiket mengikut kategori yang disenaraikan berserta Total harga tiket anda.
  12. Tekan butang Continue.
  13. Kemudian, anda boleh memilih makanan atau minuman yang ditawarkan dan tekan butang Continue.
  14. Anda akan dibawa ke bahagian bayaran.
  15. Pastikan semua maklumat adalah betul dan tekan Pay Now.
  16. Kemudian, pilih kaedah bayaran yang anda ingin gunakan dan ikuti sahaja arahan untuk melengkapkan proses bayaran tersebut hingga selesai.
  17. Akhir sekali, status pembelian tiket anda akan dipaparkan.
  18. Tahniah! Pembelian tiket wayang online TGV anda berjaya dilakukan.

Cara Beli Tiket Wayang Lotus Five Star (LFS) Cinema Online

Sekiranya anda suka tengok di LFS,boleh beli online dengan cara berikut:

  • Anda perlu mendaftar sebagai ahli di laman web www.lfs.com.my.
  • Jika anda sudah mendaftar, terus log masuk akaun anda.
  • Pergi ke ‘Quick Book’ dan pilih tarikh, tajuk filem, lokasi pawagam, waktu tayangan serta tempat duduk yang anda inginkan.
  • Kemudian, isikan butiran pembayaran dalam sistem e-ticketing untuk sahkan tempahan.
  • Setelah pembayaran selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan tempahan tiket wayang termasuk nombor tempahan dan ID.

Kesimpulan

Akhir kata,cara Pembelian kesemua tiket online adalah lebih kurang sama dan sangat mudah.Yang penting ada talian internet yang laju dan boleh Layari website atau download aplikasi yang berkenaan

Maklumat lanjut,anda boleh layari laman rasmi pawagam-pawagam berkenaan.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via