Estimated reading time: 3 minutes
Semak Baki Aeon credit anda dengan mudah dan cepat secara online dan SMS.AEON Credit merupakan syarikat kredit yang memberi pinjaman peribadi kepada mereka yang layak.
Banyak syarikat juga menawarkan pelbagai pembayaran melalui pinjaman kredit AEON untuk membeli barangan elektrik, motorsikal dan sebagainya kerana senang lulus.
Yang Penting,anda mesti bayar mengikut jadual yang di tetapkan bagi memastikan skor kredit anda sentiasa baik
Pembayaran semula pinjaman AEON boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya
- Cash Deposit Machine (CDM)
- Cheque Deposit Machine
- ATM
- Perbankan internet
Ramai yang berjaya dan lulus pinjaman namun masih ramai tidak tahu cara untuk semak baki secara online dan SMS dengan mudah.Untuk tidak terlepas,bayaran semula pinjaman AEON credit, anda boleh membuat semakan bayaran semula baki pinjaman secara online atau melalui perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS)
Cara Semak Baki Aeon Credit Online
Semakan secara online boleh di buat melalui pautan berikut:
https://www.aeoncredit.com.my/login
Sebelum itu pastikan anda sudah mendaftar akaun,jika belum daftar dahulu di link di atas.
Semasa mendaftar akaun, anda hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan anda yang betul.
Setelah selesai mendaftar akaun di laman web AEON Credit, anda boleh login ke akaun dan melihat baki pinjaman kredit yang perlu dijelaskan mengikut jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui.
Boleh Juga baca: AEON Credit:Cara Mohon dan Syarat Pinjaman Peribadi Online
Cara Semak melalui SMS
Pihak AEON juga menyediakan perkhidmatan menyemak baki pinjaman AEON Credit anda melalui perkhidmatan SMS.
Semakan boleh di lakukan melalui link di bawah:
https://www.aeoncredit.com.my/sms-enquiries
Perkhidmatan SMS ini juga tertakluk kepada caj SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan SMS anda. Untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit, sila ikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih
- Di ruangan nombor, taip 63633
- Di ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda.
Nombor kod:
- CCSTS – Status permohonan
- CCBAL – Tunggakan baki
- CCMIN – Amaun bayaran minima
- CCACA – Had kredit
- CCACT – Pengaktifan kad kredit
Contoh: AEON CCSTS 1234
Semakan untuk Status Pinjaman AEON-XPRESS Easy Payment / Personal Financing Inquiry Melalui SMS
Untuk semakan,anda boleh boleh semak status permohonan, baki tunggakan, amaun bayaran dan tarikh bayaran terakhir dengan mengikut langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih
- Di ruangan nombor, taip 63633
- Di ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda.
Nombor kod:
- STS – Status permohonan
- BAKI – Tunggakan baki
- BAYAR – Amaun bayaran
- AKHIR – Tarikh bayaran terakhir
Contoh: AEON STS 1234
Kadar caj SMS
- Caj Biasa: RM0.15 setiap SMS diterima (maklumat berguna)
- Kadar SMS biasa akan dikenakan untuk setiap SMS yang gagal diterima.
- Kadar SMS biasa adalah tertakluk pada kadar yang ditetapkan oleh syarikat penyedia rangkaian
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
- Website Rasmi
- Aeon Customer Service 24 jam: 03-2719-9999
