Cara semak No Ahli kWSP secara online dan Manual

Semak No KWSP Ahli.Anda terlupa No KWSP atau EPF anda yang telah anda daftar sebelum ini?Nak tau cara semak No KWSP anda dengan hanya menggunakan IC?

Sebelum itu,tahukah anda Nombor ahli KWSP ini penting kerana ia berkaitan dengan urusan di KWSP seperti baki akaun,semakan caruman majikan, urusan pinjaman dan lain-lain.Jom ikuti pekongsian kami cara semak No Ahli KWSP anda secara online dan manual

Maklumat Mengenai KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia. Ianya adalah selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu anda menyimpan wang buat hari tua. 

KWSP ditubuhkan pada 1951 dan terus kekal relevan hingga ke hari ini. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi menjamin persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan anda.

Boleh juga baca: Cara Daftar Haji Guna KWSP Akaun Pertama

Cara semak No Ahli KWSP secara Online dan Manual

Berikut adalah beberapa cara untuk anda buat semakan No ahli KWSP anda iaitu:

1.Semakan No KWSP anda secara Online

Sebelum membuat semakan,anda perlu mendaftar dahulu  i-Akaun yang disediakan oleh KWSP. i-Akaun ini sangat penting kerana melalui kemudahan yang disediakan ini anda boleh akses akaun KWSP dan buat semakan nombor ahli, baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP dan lain-lain urusan yang berkaitan dengan KWSP.Senang sahaja asal ada Phone dan Internet,anda boleh akses di mana sahaja anda berada.

Untuk makluman,jika anda belum daftar dan merupakan pengguna pertama kali anda perlu mendapatkan  ID pengguna dan Kata laluan.Proses mendapatkan ID dan Kata Laluan anda perlu pergi ke Cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.Dengan ID dan Kata laluan tersebut anda boleh membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.

2.Semakan No KWSP anda secara manual di Kiosk KWSP

Semakan di Kiosk boleh dibuat secara cap jari .Anda boleh kunjungi cawangan KWSP yang berdekatan anda untuk dapatkan dapatkan ID dan kata Laluan Sementara secara SMS.

Lebih senang,anda boleh terus daftar i-Akaun alang-alang dah sampai ke Kiosk.Boleh guna kemudahan KWSP sepenuhnya,lebih mudah dan cepat

3.SemakanNo KWSP anda melalui Panggilan Telefon

Melalui panggilan telefon anda juga boleh semak No Ahli anda.Berikut adalah No telefon yang boleh anda hubungi:

Telefon: 03 – 8922 6000

Waktu Operasi adalah  Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
(Kecuali pada Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan AM Persekutuan dan Hari Kelepasan Selangor)

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan dan Maklumat Lanjut,boleh rujuk:

Maklumat perkhidmatan KWSP :https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

No Telefon: 03 – 8922 6000

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via