Pembahagian Harta Pusaka kecil biasanya berlaku bila ada kematian di kalangan keluarga kita.Antara urusan yang terlibat ialah urusan tuntutan Harta yang melibatkan harta tak alih sahaja seperti tanah dan rumah atau harta tak alih bersama harta alih seperti wang simpanan, saham dan kenderaan yang nilai harta keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan
Sebarang harta simati bagi orang bukan Islam yang mengandungi Wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 tidak ditakrifkan sebagai harta pusaka kecil.Di bawah kami kongsikan cara membuat tuntutan dan permohonan Pembahagian Harta Pusaka kecil secara online
Apa Maksud Harta Pusaka kecil?
Harta Pusaka kecil ialah harta-harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri – ciri berikut :
- Simati tidak meninggalkan wasiat
- Harta si mati terdiri daripada :
- Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau
- Harta Tak Alih (Tanah/Rumah ) bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya
- Jumlah nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan dibuat
Kelayakan Memohon
Berikut adalah mereka yang berhak membuat tuntutan dan permohonan:
- Waris – waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
- Pemiutang dan pengkaveat;
- Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
- Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
- Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
- Amanah Raya Berhad
Cara Tuntut dan Mohon Pembahagian Harta Pusaka kecil online
Berikut adalah proses membuat tuntutan secara online :
- Pergi pautan website JKPTG: https://www.myetapp.gov.my/
- Pergi pada menu utama dan klik pada Pengguna Awam
- Sekiranya anda pengguna baru, Daftar Akaun Baru
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dan Klik Hantar
- Log masuk balik menggunakan No Kad Pengenalan dan Kata Lalaun anda.
- Buat permohonan anda sehingga selesai.
Cara Permohonan tuntutan di JKPTG
Untuk proses permohonan di JKPTG,boleh rujuk langkah–langkah di bawah:
- Muat turun permohonan Borang A
- Lengkapkan borang tersebut dengan betul
- Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
- Bukti Kematian.
- Sijil kematian/permit menguburkan; atau
- Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
- Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
- Dokumen Harta Tak Alih – Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada).
- Salinan dokumen harta – harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.
- Bukti Kematian.
- Hantarkan ke cawangan JKPTG yang berhampiran anda.
Boleh juga baca: Tukar Nama Kenderaan:Cara Tukar Pindah Milik Nama Motosikal Dan Kereta
Dokumen Penting
Pastikan anda membawa dokumen penting untuk permohonan ini.Senarai Rujuk semua dokumen tersebut boleh rujuk DISINI
Cara Pembahagian Harta Pusaka Kecil
Cara Pembahagian adalah seperti berikut:
- Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
- Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
- Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
- Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan – kawasan Penempatan Berkelompok )1960 tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
- Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
- Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk melalui saluran di bawah:
Soalan Lazim: FAQ
Website Rasmi: https://www.jkptg.gov.my/