MyResume SPA adalah salah satu portal di dalam SPA untuk calon yang dipanggil untuk temuduga denga pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Sebenarnya,ramai yang masih belum tahu fungsi portal MyResume ini bahkan ada yang tidak mengetahui kewujudan Portal ini dan tidak mengemaskini resume mereka dan mencetaknya untuk di bawa ketika bersama temuduga.Perkara sebegini sememangnya akan merendahkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Fungsi MyResume SPA
Berfungsi sebagai pusat sehenti bagi anda meletakkan segala maklumat peribadi anda dalam format resume bagi memudahkannya dilihat sepintas lalu oleh calon penemuduga.
Antara maklumat yang boleh dimasukkan adalah:
- Maklumat asas
- Maklumat akademik
- Maklumat pengalaman
- Maklumat kemahiran
- Lain-lain maklumat
Setelah lengkap, anda boleh mencetak resume yang dihasilkan untuk dibawa bersama ketika menghadiri temuduga SPA.
Paling penting, pastikan anda mengisi segala maklumat dengan maklumat yang betul kerana anda boleh didakwa sekiranya cuba menipu maklumat yang dimasukkan.
Sekiranya calon dengan sengaja meletakkan maklumat yang salah, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957, seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM2000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) atau kedua-duanya sekali.
Pendaftaran Akaun MyResume SPA
Pendaftaran masuk adalah menggunakan maklumat Pendaftaran SPA9 anda.Sekiranya anda sudah memiliki akaun ini di sistem SPA9,anda boleh log in seperti biasa untuk sistem MyResume ini.
Jika belum,boleh daftar dengan langkah-langkah berikut:
- Pergi ke laman SPA9 di alamat https://spa9.spa.gov.my/login
- Klik pada “Pendaftaran Pengguna”
- Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda *diiisi.
- Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Calon mesti mengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan penetapan semula kata laluan (reset).
- Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
- Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum
- menghantar pendaftaran tersebut.
- Klik “Daftar”.
Anda juga boleh baca: Pegawai Imigresen: Cara Memohon SPA9 Untuk Lepasan SPM
Pendaftaran Masuk
Untuk Log in masuk setelah selesai pendaftaran,anda boleh kemaskini MyResume dengan cara berikut;
- Layari portal MyResume SPA di alamat https://myresume.spa.gov.my/
- Masukkan nombor MyKad
- Masukkan kata laluan
- Masukkan Kod Keselamatan seperti yang dipaparkan dalam imej
- Klik butang Masuk
Cara Muat Naik dokumen
Untuk melengkapkan proses kemaskini maklumat anda dalam portal MyResume,anda perlu upload beberapa salinan dokumen seperti yang berikut:
- Gambar
- Kad pengenalan
- Salinan sijil kelahiran
- Kad pengenalan ibu
- Kad pengenalan bapa
- Salinan sijil akademik yang disenaraikan sahaja
- Sijil kokurikulum
Gambar: Pada bahagian Maklumat Asas > MyFoto, anda perlu memuat naik gambar berukuran passport dalam format jpeg, jpg, png atau gif sahaja.
Kad pengenalan ibu/bapa: Pada bahagian Maklumat Asas > IbuBapa, anda perlu memuat naik salinan kad pengenalan ibu dan bapa.
Sijil kelahiran dan kad pengenalan: Pada bahagian Maklumat Asas > Salinan KP/Sijil Lahir, anda perlu memuat naik salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan
Sijil akademik: Pada bahagian Maklumat Akademik > Salinan Sijil Akademik, anda perlu memuat naik salinan sijil akademik yang disenaraikan sahaja. Sijil hendaklah paparan sijil asal.
Sijil kokurikulum: Pada bahagian Maklumat Pengalaman > Salinan Dokumen, anda perlu memuat naik salinan sijil kokurikulum atau pencapaian (yang berkaitan sahaja).
Jangan lupa untuk anda cetak resume anda setelah siap muat naik dokumen yang diperlukan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi :
Hotline SPA : 03 – 8091 9000