Polis Bantuan:Cara Mohon,Syarat Kelayakan dan Senarai Tugas

Polis Bantuan merujuk kepada anggota Pasukan Polis Bantuan yang merupakan bahagian daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasukan Polis Bantuan adalah unit khas yang ditugaskan untuk tugas-tugas tertentu seperti mengawal kerusuhan, menjaga keselamatan semasa perayaan atau acara besar, dan memberikan bantuan tambahan dalam operasi polis.

Berminat nak mohon kerja jadi Polis Bantuan?Jom kami kongsikan lebih lanjut mengenai skop pekerjaan jawatan tersebut.

Apa itu Polis Bantuan?

Persatuan Polis Bantuan Malaysia atau Malaysia Auxiliary Police Association ialah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (R.O.S). A.P.A ditubuhkan untuk menyelaras, menjaga kebajikan dan menyatukan semua anggota

Mereka sering terlibat dalam mengawal perhimpunan, perayaan, dan kejadian-kejadian lain yang memerlukan kehadiran polis tambahan.

Objektif Penubuhan

Objektif penubuhan adalah seperti berikut:

  • Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan.
  • Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjata api semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  • Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

Syarat Pemohonan Polis Bantuan

Terdapat syarat yang diperlukan untuk membuat pemohoan.Syarat permohonan yang di tetapkan ialah:

  • Merupakan seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon perlu lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau apa sahaja kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Pemohon mestilah lulus dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  • Pemohon mestilah merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang telah berkhidmat atau berkerja sekurang-kurangnya selama sepuluh (10) tahun yang di mana jawatannya telah disahkan dengan rekod perkhidmatan yang baik.
  • Pemohon hendaklah tidak berumur melebihi 45 tahun.
  • Pemohon berkebolehan dalam Bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan dengan baik dan lancar.
  • Pemohon tidak terlibat dengan rekod jenayah dan dadah.
  • Pemohon juga mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal yang digariskan oleh Polis Diraja Malaysia.

Skop Kerja

Skop kerja untuk jawatan ini ialah:

  • Rondaan, bit dan kawalan statik
  • Kawalan orang ramai, memeriksa orang dan kenderaan
  • Melindungi dan mengiring harta majikan
  • Mencegah kesalahan-kesalahan jenayah
  • Mengesan dan menangkap pesalah-pesalah

Boleh juga baca: Cara mohon kerja Pegawai Penguatkuasa JPJ

Pangkat Tertinggi

Pangkat yang telah di tetapkan ialah

  • Pegawai Kanan Polis Bantuen dari pangkat kehormat Inspektor hingga ke pangkat Superintendan adalah dilantik oleh Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri:
  • Pegawai Rendah Polis Bantuain dari pangkat kehormat Koperal hingga ke Sub Inspektor atau Konstabel Polis Bantuen adalah dilantik oleh Pegawai Pemerintah yang mana terdiri dari Pesuruhjaya atau Ketua Polis Kontinjen

Kadar Bayaran Gaji

Untuk gaji ,boleh rujuk di bawah:

  • Mengikut Seksyen 49A bagi Akta Polis 1967, menjadi kuasa Menteri dalam menetapkan faedah atau tangga gaji polis mengikut pangkat 2023 yang perlu diterima anggota bertugas dari semasa ke semasa berkenaan dengan tugas tugas yang telah ditetapkan.
  • Anggaran potensi gaji polis bantuen apabila dilantik sebagai adalah minimum antara RM1000 sehingga RM4000 maksimum mengikut kadar tangga gaji dan gred atau senarai gaji polis mengikut pangkat yang ditetapkan

Cara mohon kerja Polis Bantuan

Untuk mohon kerja,menurut Akta Polis 1967, permohonan jawatan Polis Bantuen boleh dipohon dengan mengemukakan permohonan kepada ketua Polis Negara melalui Pesuruhjaya atau Ketua Polis yang terlibat. Permohonan tersebut boleh dilakukan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta mewakili pekerja-pekerjanya.

Ini adalah berdasarkan kekosongan iklan yang diiklan olehJabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau Sektor Swasta yang memerlukan.

Jadi anda kena selalulah alert dengan kekosongan jawatan yang terbaru.

Lokasi Perkejaan

Mereka boleh berkhidmat di mana-mana Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun atau sektor swasta yang berdaftar dengan Kerajaan.

Sebagai contoh, Polis Bantuan Pos Malaysia, Polis bantuan Petronas, Sime Darby, Airport KLIA, Universiti, polis bantuan UITM, Bank, untuk Pusat Beli Belah, Lebuhraya dan “Federal Air Marshal Service”, Penubuhan PolisBantuan di Malaysia dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan masalah,boleh hubungi atau rujuk melalui saluran berikut:

Portal Rasmi PDRM

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via