Dah Daftar Etiqa untuk lihat polisi insurans anda?Etiqa MyAccount menawarkan cara selamat untuk mengakses polisi/sijil pelanggan mengikut keselesaan pelanggan, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Untuk makluman,pendaftaran ini adalah untuk melihat polisi insurans sedia ada. Boleh juga boleh untuk register dan renew insurans.
Cara Daftar Etiqa
Berikut adalah proses pendaftaran:
- Layari laman web https://www.etiqa.com.my
- Anda akan tiba di portal rasmi Etiqa.
- Pada bahagian menu atas, boleh tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia
- Seterusnya, tekan butang MY ACCOUNT.
- Pada laman seterusnya, tekan butang Register untuk First Time Registration
- Akan keluar pop-up box Terms & Conditions. Baca terma & syarat yang tertera. Jika anda bersetuju, tekan butang I Agree.
- Akan tertera pop-up box Beberapa ruangan perlu anda sediakan. Pada ruangan Policy/Certificate Number, masukkan nombor policy anda. Sekiranya nombor policy anda mempunyai abjad, masukkannya sekali.
- Pada Identification Type, pilih jenis pengenalan diri yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Untuk memasukkan nombor kad pengenalan baru atau MyKad anda, pilih New NRIC.
- Pada ruangan Identification Number, masukkan nombor MyKad anda.
- Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor telefon anda dan mestilah bermula dengan nombor 60. Pastikan tiada simbol ”–“ dimasukkan.
- Pada ruangan Email, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses.
- Tekan butang Proceed untuk meneruskan proses dan cara daftar Etiqa
- Kemudian, anda akan menerima SMS daripada Etiqa yang mengandungi kod pengaktifan.
- Pada laman seterusnya, masukkan kod pengaktifan yang anda peroleh pada ruangan yang disediakan.
- Tekan butang Proceed.
- Pada laman seterusnya, ialah laman untuk Security Settings. Isi kesemuanya.
- Kemudian, tekan butang Save.
- Anda akan menerima emel daripada Etiqa memaklumkan bahawa pendaftaran akaun anda berjaya.
- Pendaftaran akaun anda berjaya.
Boleh juga baca: Daftar Boost:Pendaftaran,Login dan Tambah Nilai
Cara login
Berikut adalah cara untuk anda login:
- Layari Website etiqa.com.my/MyAccount/login
- Sila masukan nombor ID dan password Etiqa anda.
- Klik LOGIN
- Dipaparkan menu utama seperti MyProfile,MyPolicy/Certificate,MyClaim,MyRequest,Pay Online & MyDocument
- Anda boleh pilih transaksi mana yang anda inginkan.
Melalui Etiqa MyAccount, anda boleh :
- Lihat polisi/sijil Anda dalam satu paparan.
- Lihat maklumat terperinci tentang polisi/sijil Anda contoh. status, sejarah pembayaran, perlindungan, penama/benefisiari, tarikh matang dan jumlah premium/caruman. Ketahui lebih lanjut apabila Anda log masuk ke MyAccount.
- Lihat tuntutan Anda.
- Lihat maklumat peribadi Anda.
- Muat turun e-borang.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Etiqa Oneline 1-300-13-8888
- Waktu Operasi Etiqa: 9:00 pagi – 5:00 petang (Isnin hingga Jumaat) dan tutup pada hari Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum.
- Email: info@etiqa.com.my atau complaint_cmu@etiqa.com.my