Sukacita dimaklumkan bahawa Tentera Darat Malaysia akan membuka pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat malaysia Lelaki Siri 197 & Wanita Siri 48 (2023) secara atas talian.
Permohonan boleh di lakukan secara online dengan mendaftar melalui pautan link dikongsikan.
Permohonan ini terbuka kepada calon lepasan SPM/ SVM dan Diploma Perubatan/Kejuruteraan seperti yang ditetapkan.Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan, gaji, elaun/kemudahan dan cara membuat permohonan dan pendaftaran
Tempoh Permohonan
Permohonan pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat (2023) bermula :
13 hingga 31 Disember 2022
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat asas permohonan:
- Warganegara Malaysia
- Ketinggian minimum lelaki 162cm, wanita 157cm
- Syarat minima, lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
- Bagi SVM, PNGK Akademik melebihi 2.0
- BMI 18.0-26.0
Calon yang layak akan disenaraikan pendek untuk pemilihan terakhir
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Kecergasan:
- Larian 2.4 KM – 14 minit
- Tekan Tubi – 40 kali
- Bangkit Tubi – 45 kali
- Ujian Bertulis:
- Ujian Kecerdasan (IQ)
- Ujian Psikologi
- Ujian Fardhu Ain & Bacaan Al-Quran (Bagi Calon Beragama Islam)
Skim Gaji mengikut Akademik
Berikut adalah skim gaji yang diberikan:
- SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
- SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
- SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
- SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
- DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
- DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]
Elaun dan Kemudahan
Berikut elaun yang layak diterima:
- Elaun Sara Hidup
- Elaun Khidmat
- Bayaran Insentif Khas
- Elaun Kepakaran
- Elauan Imbuhan Perumahan
- Elaun Perjalanan
Manakalan kemudahan yang diberikan ialah:
- Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
- Rawatan Perubatan
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera
- Insurans Kelompok Angkatan Tentera
- Peluang melanjutkan pelajaran
- Kemudahan Kediaman
Cara Mohon Perajurit Muda Tentera Darat 2023
1.Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk-: https://mims.mod.gov.my
- Pautan Isi Permohonan: https://jmt.mod.gov.my
- Panduan Permohonan: https://army.mil.my/…/iklan-pengambilan/panduanpermohonan
Nota: PENDAFTARAN ATAS TALIAN AKAN DIBUKA APABILA TARIKH PERMOHONAN DIBUKA SAHAJA.
2. Calon harus memahami syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat kelayakan dipatuhi.
3. Hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon.
4. Sila pastikan maklumat anda di isi dengan lengkap dan sempurna sebelum dihantar.
5. Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.
Boleh juga baca: Ahli Bomba:Syarat,tugas dan kelayakan Permohonan
Cara Daftar Online
Berikut cara untuk daftar online:
. Tekan (Click) pautan (link) seperti berikut:
- Pendaftaran Baru/Daftar Masuk- https://mims.mod.gov.my/sppmtd/ (tekan advanced dan seterusnya Proceed to mims.gov.my (unsafe) )
- atau
- Jom Masuk Tentera – https://jmt.mod.gov.my/
2. Isi maklumat penuh seperti berikut tanpa sebarang kesilapan:
- NAMA PENUH
- NO KAD PENGENALAN
- JANTINA
- NO TELEFON (Boleh dihubungi)
- EMAIL (Aktif)
- KATA LALUAN (Pastikan anda tidak terlupa Kata Laluan)
- Tekan (Click) DAFTAR
- (Pastikan email yang digunakan masih aktif kerana sebarang maklumat akan dihantar ke alamat email yang diberikan)
3. Log Masuk menggunakan No Kad Pengenalan, Email dan Kata Laluan (Yang Anda Daftarkan).
4. Isi Maklumat Peribadi yang diperlukan dalam Borang Permohnan menggunakan HURUF BESAR.
5. Setelah maklumat lengkap diisi, calon perlu tekan (click) butang HANTAR.
Untuk membuat SEMAKAN, calon boleh membuat semakan status permohonan di bahagian SEMAK STATUS PERMOHONAN di akaun yang telah anda daftarkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Laman Sesawang Rasmi – https://army.mil.my
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
- Facebook Rasmi – https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Sebarang pertanyaan, sila hubungi di no berikut pada waktu hari bekerja: 03-4014 0470