Contoh Surat Rasmi:Format dan Download Template

Contoh Surat Rasmi biasanya boleh di gunapakai untuk di jadikan panduan untuk membuat Surat Rasmi bagi urusan rasmi seperti permohonan, surat rayuan dan sebagainya.

Surat ini merupakan medium rasmi kepada agensi/jabatan/organisasi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan.Surat Rasmi ini adalah berbeza dari surat tidak rasmi kerana perbezaan ketara dari segi formatnya

Disebabkan surat rasmi merupakan surat untuk berurusan secara formal,maka formatnya mestilah betul dan kelihatan profesional

Apa itu Surat Rasmi?

Definisi ringkas ialah surat ini di gunakan untuk berurusan dengan tujuan rasmi seperti dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi, syarikat swasta dan individu.

Penulisan surat adalah untuk kumpulan/pihak/institusi atau orang perseorangan

Jenis Surat Rasmi

Terdapat pelbagai jenis surat rasmi yang ada seperti:

  • Surat Cadangan
  • Surat Perakuan
  • Surat Arahan
  • Surat Iringan
  • Surat Sokongan
  • Surat Perjanjian
  • Surat Permohonan
  • Surat Bantahan
  • Surat Jemputan

Boleh juga baca: Cara Tukar Nama Geran kenderaan

Isi dan Format Wajib

Perkara yang patut dan wajib ada dalam surat ini ialah:

  1. Alamat pengirim – Hendaklah ditulis nama penuh
  2. Nama penerima – Nyatakan nama penuh penerima, jawatan
  3. Alamat penerima – Nyatakan alamat penuh penerima. Sekiranya penerima mewakili sesuatu organisasi/jabatan/agensi, nyatakan sebelum alamat
  4. Tarikh surat dihantar – Diletakkan pada sebelah kanan sebaris dengan negeri alamat penerima)
  5. Perkara (Subjek utama atau tujuan surat tersebut dihantar)
  6. Isi surat – Nombor perenggan ditulis pada setiap perenggan kecuali perenggan pertama
  7. Tanda tangan dan nama penghantar

Contoh Surat Rasmi

Berikut adalah contoh surat Rasmi yang boleh di jadikan contoh untuk anda membuat rujukan:

Zainal Bin Lokman,
No 64A, Jalan Bunga Raya,
Taman Impian,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan 26 November 2020
_______________________________________________________________

Khairul Zabidi Bin Mahmud,

Yang DiPertua Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),
Jalan Yong Shook Lin,
46675 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia    

 Tuan,

PERMOHONAN SEWAAN DEWAN SERBAGUNA , PETALING JAYA

Semoga Tuan berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Saya Khairul Zabidi Bin Mahmud ingin membuat permohonan bagi sewaan Dewan Serbaguna Petaling Jaya. Tujuan sewaan ini dijalankan adalah untuk pelaksanaan program Hari Keluarga kami pada 1 Disember 2020 iaitu pada hari Sabtu

3.         Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat memberi kelulusan permohonan sewaan tersebut. Kerjasama pihak Tuan amat kami hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
ZAINAL BIN LOKMAN

Download Template Surat Rasmi

Bagi mereka yang ingin mendapatkan template surat tersebut,boleh download dengan “Save As Image ” gambar di bawah:

Contoh template penulisan surat rasmi

Maklumat Lanjut

Sebarang kekeliruan,boleh rujuk video di bawah cara untuk tulis surat rasmi:

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via