Defect rumah baru atau kerosakan rumah baru adalah sememang benda biasa sekiranya anda beli rumah baru.Paling penting,apabila anda sudah mendapat kunci rumah perkara pertama yang perlu anda buat ialah periksa kerosakan rumah anda walaupun masih baru.
Ini untuk memastikan rumah yang baru anda terima adalah tidak mempunyai masalah dan sebarang kerosakan.
Untuk makluman anda,jika anda pembeli rumah baru maka terdapat tempoh Defect Liability Period (DLP) untuk pemaju menyelesaikan masalah atau kerosakan yang terdapat pada rumah baru anda.
Apakah maksud Defect Liability Period (DLP)?
Defect Liability Period (DLP) atau Tempoh Liabiliti Kecacatan merupakan tempoh masa atau tempoh jaminan yang diberi oleh pihak pemaju kepada pembeli. Di dalam tempoh ni, pihak pemaju bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kecacatan yang berpunca daripada bahan-bahan binaan yang digunakan atau hasil kerja yang tidak berkualiti
DLP ini ibarat konsep warranty atau jaminan bagi sesuatu barang yang anda beli.Biasanya tempoh jaminan adalah selama 18 bulan tetapi bergantung kepada pemaju.
Kenapa kena check Defect Rumah Baru?
Berikut adalah sebab kenapa anda perlu periksa kerosakan rumah baru anda:
- Pemaju akan memberi satu borang kecacatan yang perlu diisi oleh tuan rumah selesan diserahkan kunci rumah. Borang ini akan menyatakan tentang kecacatan yang terdapat pada rumah baru tersebut.
- Ada situasi dimana pemaju mengesa tuan rumah untuk mengisi borang dengan cepat. Ruangan laporan pun disediakan hanya sedikit walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.
- Tuan rumah berhak untuk menyatakan kesemua kecacatan/ defect yang ada.
- Perjanjian jual beli rumah akan mempunyai klausa Defect Liabilities Period (DLP) dimana pihak pemaju wajib memperbaiki segala kecacatan yang dijumpai/disedari dalam tempoh DLP. Biasanya DLP dalam tempoh 24 bulan.
- Kecacatan ini wujud atau terjadi disebabkan kelalaian dan kecuaian pihak pemaju.
Alatan untuk periksa kerosakan rumah baru
Berikut adalah alatan yang selalu di gunakan untuk membuat pemeriksaan:
- Pen penanda (marker pen) dan kertas
-Digunakan untuk tanda atau tulis apa yang rosak takut telupa - Pita pelekat (masking tape)
-Untuk tampal bahagian yang defect tersebut - Kerusi pendek/tangga
-Guna untuk check kawasan yang lebih tinggi - Tali pengukur (measuring tape)
-Untuk mengukur luas kerosakan atau tanda kerosakan tersebut - Perjanjian jual beli dengan pelan lantai
- Batang pengetuk/Playar hidup
-Untuk check tile rumah baru anda .Kadang-kadang pekerja salah letak jumlah simen dengan betul, maka akan ada air pocket. Bila tile kosong ini yang menyebabkan tile jadi mengelembung - Kamera dan lampu suluh
-Digunakan untuk ambil gambar jika anda terlupa
Bahagian Kerosakan rumah baru yang perlu diperiksa
Berikut merupakan bahagian rumah yang perlu di check:
1) Jubin dan lantai. Selalu jubin ni anda kena ketuk-ketuk perlahan untuk elakkan ruang kosong dalam jubin. Jubin yang tona warna terlalu berbeza.
Check juga kalau ada jubin yang sumbing atau pemasangan yang tidak kemas seperti senget atau tidak selari.
2) Dinding. Pastikan dinding dibuat dengan kemas, tidak ada lekuk-lekuk pada dinding atau cat yang bertompok-tompok yang tidak sekata terlalu ketara.
Pastikan tiada rekahan pada dinding atau dinding tidak lembap, dinding yang lembap akan mengundang masalah fungus.
3) Pintu. Pastikan pemasangan pintu tu kemas. Bila buka dan tutup tak sangkut dengan lantai dan tiada ruang yang terlalu besar antara pintu dan bingkai.
4) Tingkap pun sama dengan pintu. Check sama ada anda boleh buka sepenuhnya dan tutup dengan sempurna.
5) Sliding door. Untuk yang ada sliding door, pastikan pintu tu boleh slide dengan lancar, tak sangkut-sangkut. Boleh buka dan tutup dengan sempurna.
Pastikan kaca tidak pecah atau retak
6) Sistem paip. Untuk ini anda kena check sama ada terdapat kebocoran atau pun tekanan air yang terlalu rendah. Ada tak paip-paip yang tersumbat.
Untuk bahagian anda perlu jadi seorang yang cerewet kerana beli rumah bukan murah.
Anda boleh juga baca: Cara Tuntut Pembahagian Harta Pusaka kecil Online
Cara Untuk laporkan Defect Rumah Baru
Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri atau menggunakan perkhidmatan syarikat lain yang lebih arif tentang pembinaan rumah.Setelah pemeriksaan di buat anda sebagai tuan rumah akan menerima
- Laporan kecacatan beserta gambar. (lokasi defect + gambar)
- Surat kepada pemaju.
Berikut adalah syarikat yang ada membuat perkhidmatan periksa kecacatan rumah baru:
- Acepro Home Inspection
- Canaan Building Inspection
- Defect Squad
- Home Inspection Malaysia
- I-Home Inspector
- Malaysia Defects Inspection Service
- Property Defect Solution
- Servis Hero
- Top Haus Home Inspection
- Rekapasang
- Defect Expert
Makluman:Kadar harga adalah berbeza mengikut spesifikasi harga yang ditetapkan oleh syarikat yang terlibat termasuklah lokasi, keluasan dan ketinggian rumah.
Tempoh Pemaju untuk baiki kerosakan
Biasanya pemaju akan mengambil tindakan dalam masa 30 hari selepas menerima laporan.Jika masih tiada tindakan,anda perlu hantar surat ulangan ke 2.
Jika masih belum apa-apa tindakan,anda boleh membawa perkara kepada pihak Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) yang berdekatan anda.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh rujuk saluran berikut: