Cara cetak Penyata Bank Islam tanpa ke kaunter

0 1,182

Penyata Bank Islam merupakan penyata kewangan yang melibatkan aliran debit dan kredit, termasuk dari pemindahan duit masuk atau keluar.Bagi pemegang Bank Islam penyata ini sangat penting jika mereka ingin membuat pinjaman seperti pembelian rumah,pinjaman peribadi dan sebagainya.Ini penting kerana pihak penjual ingin menilai prestasi kewangan kita sebelum mereka memberi pinjaman.

Sebenarnya nak dapatkan penyata bank ni tak susah pun. Tak perlu pergi ke kaunter bank pun, boleh lakukan di rumah sahaja. Bagi pemegang akaun Bank Islam pula, anda boleh dapatkan secara online dengan mudah!

Cara cetak Penyata Bank Islam

Untuk dapatkan E-statement secara online,anda perlu mendaftar dahulu akaun Internet Banking (IB) terlebih dahulu.

Berikut adalah ringkasan cara daftar IB Bank Islam:

  1. Sila buka laman bankislam.biz
  2. Klik butang FIRST TIME USER
IB bank islam daftar

3.Baca Terma dan Syarat yang dinyatakan, tick pada kotak disediakan dan klik Continue

ib daftar bank islam

4.Klik Continue

bank islam banking

5.Masukkan 16 digit Nombor Kad Debit dan PIN ATM. Klik Continue

internet banking Bank Islam

6.Masukkan maklumat yang diminta dan klik butang Submit

7.Maklumat anda akan terpapar. Jika dah betul, klik butang Confirm

8.Anda akan terima SMS dari pihak Bank Islam bahawa pendaftaran nombor telefon anda telah berjaya

Jika anda sudah ada IB Bank Islam,anda boleh ikuti langkah di bawah

Cara Cetak Penyata Bank Islam secara terus

  • Pergi ke laman https://www.bankislam.biz
  • Masukkan User ID dan Password Anda
  • Klik menu My Accounts > E-Statement > Download
estatement bank islam
  • Pilih Account/Card
  • Pilih tarikh/ bulan penyata  yang anda mahu
  • Dah klik, Penyata anda akan dimuatturun terus.
  • Seterusnya anda boleh cetak penyata tadi setelah anda muat turun
  • Selesai!
penyata online bank islam

Cara dapatkan Penyata Bank Islam secara bulanan

  1. Buka pautan https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID dan Password
  3. Klik My Accounts > E-Statement > Maintenance
  4. Pilih New Status, klik Subscribe
  5. Klik Request i-Access Code (IAC)
  6. Kod IAC akan dihantar ke nombor telefon Anda yang berdaftar melalui SMS, sila masukkan kod IAC tersebut untuk menyelesaikan proses transaksi
  7. Klik Confirm

Siap!Sekarang setiap bulan anda akan dapat penyata yang dihantar ke emel anda secara percuma.

Anda juga boleh baca: Semakan dan cara dapatkan Penyata Kewangan Bank Rakyat(eStatement)

Cara Print Penyata Mini Bank Islam di ATM

Penyata mini ini cukup membantu jika anda nak tahu senarai transaksi yang berlaku di akaun anda. Namun, penyata mini ini hanya boleh cetak sehingga 7 transaksi sahaja.Berikut adalah cara untuk cetak di ATM:

  1. Hadirkan diri ke ATM yang berdekatan anda.Masukkan kad ATM Bank Islam
  2. Pilih Bahasa Melayu
  3. Masukkan PIN ATM Bank Islam Anda, pilih Teruskan
  4. Pilih Bank Islam
  5. Pilih Khidmat Penyata
  6. Pilih Penyata Mini
  7. Pilih Cetak
  8. Sila ambil penyata mini yang keluar pada mesin ATM

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Talian Hotline khidmat Pelanggan: 03-2690 0900

Website Rasmi: https://www.bankislam.com/

Sila Join Telegram Rasmi MyHebahan Supaya Tidak Terlepas Segala Hebahan. Klik Pautan Di Bawah

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Hebahan Bantuan KerajaanHEBAHAN BANTUAN KERAJAAN

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More