Sijil STPM Hilang.Untuk makluman anda,permohonan sijil STPM tidak boleh dibuat melalui e-Lembaga Kementerian Pendidikan Malaysia kerana sijil STPM adalah di bawah Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM)
Permohonan salinan sijil yang hilang di e-lembaga peperiksaan KPM adalah untuk salinan sijil peperiksaan seperti SPM/PMR/SPMU/SRP dan lain-lain.Untuk STPM anda boleh buat permohonan online di laman khas yang di sediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM).Bayaran dikenakan secara online dan kaedah pengambilan adalah secara pos atau ambil sendiri
Boleh juga baca: Cara mohon Salinan sijil SPM hilang
Kadar bayaran
Anda akan di kenakan caj untuk setiap permohonan salinan sijil STPM anda dan pembayaran boleh dibuat secara online melalui credit card/ debit card dan juga online banking fpx.Kadar pembayaran terbahagi kepada jenis penghantaran iaitu:
Untuk penghantaran Pos Laju anda akan di kenakan bayaran :
- RM60.10 (credit card/ debit card)
- RM60.00 (fpx)
Untuk ambil sendiri,kadar yang di kenakan adalah :
- RM52.40 (credit card/ debit card)
- RM52.00 (fpx)
Cara Mohon Online Sijil STPM Hilang
Berikut adalah panduan bergambar cara untuk membuat permohonan:
1.Klik ke pautan http://webmpm1.mpm.edu.my/salinansijil/ dan log masuk

2.Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit anda, kemudian Klik butang “Hantar”.

3.Jika data anda terdapat dalam sistem peperiksaan STPM, skrin tahun peperiksaan yang diduduki akan dipaparkan, sila klik butang “teruskan”.
Sila masukan butiran anda dalam maklumat permohonan dan bayaran akan terpapar, dan klik butang “Teruskan”.

4.Proses bayaran, terdapat 2 kaedah untuk membuat bayaran dan sebelum itu, anda perlu membuat keputusan samaada ingin mengambil sendiri atau Poskan sijil STPM

5.setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang “Teruskan” untuk proses bayaran anda.

6.setelah anda menekan butang mengambil sendiri atau Poslaju , anda perlu mengisikan maklumat anda. dan Klik Butang “Teruskan” untuk proses bayaran anda.
Anda perlu membuat semakan, dan sila pastikan butiran anda betul dan tepat sebelum, menekan butang “Bayar”

7.Skrin resit pembayaran akan terpapar, bagi pembayaran yang telah berjaya status : Successful I Berjaya

8.Klik butang “Teruskan” setelah memilih tahun peperiksaan.

9.Skrin makluman permohonan berjaya akan terpapar seperti di bawah.Klik Butang cetak untuk cetakan resit anda.Selesai!

Tempoh masa untuk terima Salinan Sijil
Tempoh masa untuk terima salinan sijil adalah dalam masa 2 hari bekerja jika anda membuat pilihan secara pos laju manakala untuk ambil sendiri anda di nasihatkan untuk mendapatkan temu janji melalui email sebelum hadir ke kaunter MPM seperti berikut:

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi : https://www.mpm.edu.my/index.php
Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Phone No : 03-6126 1600
Email: ppa@mpm.edu.my