Penyata Kewangan Bank Rakyat(eStatement).Penyata kewangan merupakan salah satu dokumen penting bagi penjual/pemberi hutang untuk menilai tahap kewangan kita.Penyata kewangan adalah sebenarnya adalah transaksi aliran debit dan kredit, termasuk pemindahan duit masuk atau keluar.Biasanya ia digunakan untuk proses pembelian rumah, pinjaman dan sebagainya.
Anda merupakan pemegang akaun Bank Rakyat dan ingin mendapatkan penyata bank/Kewangan anda?Jom ikuti perkongsian kami di bawah cara untuk dapatkan eStatement Bank Rakyat anda.
Cara Dapatkan Penyata Kewangan Bank Rakyat(eStatement)
Berikut adalah cara-cara untuk memperolehi penyata kewangan tersebut dengan mudah dan percuma iaitu:
- Cetak Penyata di ATM Bank Rakyat
- Cetak Penyata Secara Online(iRakyat)
- Dapatkan di kaunter Bank Rakyat
Mudahkan sahaja.Jom kami kongsikan cara dengan lebih lanjut:
1. Cetak Penyata di ATM Bank Rakyat
Anda boleh hadir ke cawangan Bank Rakyat terdekat yang mempunyai ATM.Pastikan anda membawa Kad ATM kerana ia diperlukan untuk print mini penyata bank di mesin ATM.Berikut adalah cara untuk dapatkan penyata mini tersebut:
- Masukkan kad ATM dan PIN ATM Anda
- Pilih Lain-Lain Urusniaga/Other
- Pilih Khidmat Penyata/e-Statement
- Pilih Penyata Mini/Mini Statement
- Pilih Cetak/Print
Siap dan anda akan dapat penyata tersebut,Biasanya penyata yang di ambil di ATM adalah sangat ringkas kerana memaparkan aliran transaksi masuk dan keluar sahaja.
2. Cetak Penyata Secara Online(iRakyat)
Bank Rakyat juga mempunyai perbankan online yang di beri nama iRakyat.Pelbagai transaksi yang boleh di lakukan dengan mengunakan online banking ini seperti pemindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, cetakan penyata kewangan dan pelbagai lagi.
Untuk cetak eStatement anda,boleh ikuti cara di bawah:
- Layari laman iRakyat di pautan https://www.irakyat.com.my/ dan Login akaun anda
- Pada menu e-Statement > Pilih Account/Card
- Pilih penyata untuk bulan yang anda mahu
- Pilih Buka/Open untuk melihat penyata Bank
- Klik Save dan Print
Untuk langganan setiap bulan penghantaran penyata anda,boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
- Pergi ke www.irakyat.com.my
- Klik Login > Personal Banking.
- Klik e-Statement.
- Klik e-Statement Registration.
- Masukkan T-PIN sementara yang telah Anda dapatkan di mesin ATM.
- Pilih ATM Card / Credit Card / IC.
- Masukkan no ATM Card / Credit Card / IC, klik Proceed.
- Masukkan Email dan Password.
- Pilih akaun e-penyata yang Anda ingin, klik Proceed.
- Email statement Bank Rakyat akan dihantar setiap bulan ke alamat emal Anda.
Boleh juga baca: Semak Dan Dapatkan Penyata Kewangan BSN(Bank Statement)
3.Dapatkan di kaunter Bank Rakyat
Jika anda tidak mempunyai perbankan online,anda boleh hadir ke cawangan Bank rakyat terdekat dan dapatkan di kaunter.Pastikan ada membawa kad pengenalan dan Kad ATM untuk pengesahan akaun anda.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan penyata kewangan anda,boleh rujuk atau hubungi medium-medium seperti berikut:
No telefon :1-300-80-5454
Email: telerakyat@bankrakyat.com.my
- enquiries.bankrakyat.com.my
- www.facebook.com/myBANKRAKYAT
- www.twitter.com/myBANKRAKYAT