Pengeluaran ASB online:Cara,Had pengeluaran dan Tempoh transaksi pengeluaran

0 3,843

Pengeluaran ASB online kini boleh di lakukan di mana sahaja dengan menggunakan Aplikasi myASNB.Kini sudah tidak perlu beratur di kaunter dan ambil no giliran untuk buat pengeluaran.

Duit ASB boleh dikeluarkan hanya melalui portal myASNB sahaja.Had pengeluaran juga di naikkan ke RM2,000 sebulan.Kenaikan ini memang sudah ada di Portal myASNB dan di aplikasi myASNB bermula pada 3 Mac 2022 lepas.

Cara membuat Pengeluaran ASB online

Sebelum anda ingin membuat pengeluaran,perkara yang paling penting anda mestilah mempunyai akaun myASNB.

Jika anda belum mempunyai akaun,anda boleh rujuk panduan : pendaftaran akaun myASNB

Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun,berikut adalah Cara keluarkan duit asb secara online:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

Boleh juga baca: Akaun ASB Online:Cara buka melalui Apps myASNB tanpa ke kaunter

Had Pengeluaran Minima dan Maksimum ASB setiap bulan

Berikut adalah maklumat mengenai Had Pengeluaran ASB Online :

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga
18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya
22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.

Had bilangan Urusniaga ASB

Urus niaga adalah dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Bilangan Urus Niaga Jualan Balik
yang dibenarkan bulan Ogos
Status urus niaga
8/3ASBRM800.002Berjaya
10/3ASBRM200.001Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM600.000Berjaya
22/3ASNRM100.000Tidak berjaya

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.

Tempoh Masa Transaksi Pengeluaran ASB online

Untuk makluman,jika anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS,bermakna permohonan anda berjaya untuk proses pengkreditan dari Pihak myASNB.

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:

Pusat Khidmat Pelanggan ASNB :

  1. No telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)
  2. Email:asnbcare@pnb.com.my
  3. Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
  4. Soalan Lazim : https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Hanya Join Telegram BKM 2022 & Anda Layak Terima RM150 Kredit eTunai. Tebus Sekarang!

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More