MyDaftar OKU JKM:Cara Daftar Online dan kelebihan berdaftar

MyDaftar OKU merupakan satu platform bagi OKU untuk membuat pendaftaran dengan JKM secara online.Seperti kita sedia maklum,sebelum ini pendaftaran OKU di buat secara sukarela dan manual borang dengan dengan mendaftarkan diri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/ Bahagian yang berdekatan.Sistem pendaftaran bagi mendapatkan kad OKU dilakukan secara manual menerusi platform Sistem Maklumat OKU (SMOKU) yang hanya boleh diakses oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pendaftaran OKU akan membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan di samping menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, NGO dan badan-badan kebajikan.

Kategori OKU yang boleh didaftarkan

7 Kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:

  1. Kurang Upaya Pendengaran
  2. Kurang Upaya Penglihatan
  3. Kurang Upaya Pertuturan
  4. Kurang Upaya Fizikal
  5. Kurang Upaya Pembelajaran (termasuk Sindrom Down, ADHD, Disleksia, Autisme dan sebagainya)
  6. Kurang Upaya Mental
  7. Kurang Upaya Pelbagai (bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan.)

Paling terkini, OKU Masalah Pembelajaran kini dikenali sebagai OKU Pembelajaran.

OKU yang bertaraf warganegara Malaysia adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai OKU secara sukarela.

Kelebihan OKU Berdaftar dengan JKM

Pendaftaran OKU adalah penting kerana:

  • Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan;
  • Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU; dan
  • Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka. 

Keistimewaan dan bantuan yang OKU akan dapat ialah:

  1. Bantuan Kewangan (Bantuan Am) -bayaran bulanan berbeza mengikut negeri
  2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  3. Bantuan bagi OKU yang tidak berupaya bekerja
  4. Bantuan penjagaan OKU Terlantar
  5. Geram Pelancaran
  6. Bantuan Alat Tiruan / Alat sokongan
  7. Pengurangan Lesen Kenderaan Motor kepada Kadar RM2.00 bagi Kenderaan Nasional Tanpa Ubahsuai dan RM1.00 bagi Kenderaan yang Diubahsuai
  8. Potongan harga sebanyak 50% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua pengangkutan awam dan potongan 50% penerbangan domestik bagi Malaysia Airline (MAS) (tidak termasuk pembelian secara online)
  9. Program Pendidikan Nasional
  10. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di Sekolah
  11. Bantuan Kewangan Pelajar OKU di IPT
  12. Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas
  13. (PPK) di Politeknik/Kolej Komuniti
  14. Saluran Khas Bagi Pengambilan OKU Di IPTA
  15. Peluang Pemulihan/Latihan di Institusi Pemulihan/Latihan kepada OKU
  16. Pengecualian Bayaran dan Pembaharuan Daftar Syarikat di SSM
  17. Kemudahan dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
  18. Kadar Sewa Rumah yang Rendah (DBKL)
  19. Potongan Harga 20% Pembelian Rumah daripada SPNB
  20. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
  21. Pengecualian Bayaran Membuat MyKad, Carian Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian
  22. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan (Pasport)

Boleh juga baca: Cara Mohon Bantuan JKM

Proses Pendaftaran OKU Dengan JKM (Manual Borang)

Prosedur pendaftaran OKU dengan JKM

A. Pendaftaran Baharu

Pendaftaran baharu adalah permohonan pendaftaran OKU yang dibuat untuk kali pertama. 

Permohonan pendaftaran memerlukan dokumen seperti berikut:

  • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC)  sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
  • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
  • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

B. Pendaftaran Semula

Pendaftaran semula adalah pendaftaran yang dibuat semula bagi pemegang Kad OKU lama yang berdaftar sebelum tahun 2011.

Pemohon perlu melengkapkan BPPOKU Pindaan 2019.
Pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan adalah diperlukan bagi kes-kes seperti berikut sahaja:

  • Semua kategori OKU yang tidak dinyatakan sub kategori
  • di mana-mana laporan bertulis.  Maklumat diperlukan bagi tujuan mengemaskini sub kategori dalam Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU);
  • OKU fizikal yang mempunyai ketidakupayaan yang tidak jelas

C. Perubahan Kategori / Sub Kategori OKU

Bagi perubahan kategori / sub kategori OKU pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran OKU (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register (NSR) dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/ Klinik Swasta.

D. Penggantian Kad

Permohonan penggantian Kad OKU adalah untuk keadaan seperti berikut:

  • Kad OKU rosak/ hilang
  • Perubahan alamat di mana pemohon perlu menguruskan pertukaran alamat dalam Kad Pengenalan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pertukaran pada Kad OKU; dan
  • Cetakan sub kategori pembelajaran pada Kad OKU bagi OKU pembelajaran yang telah dinyatakan sub kategori dalam SMOKU atau di mana-mana laporan bertulis

Penggantian Kad tidak memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan/ Pakar Perubatan.

Boleh Download Borang Permohonan Pendaftaran OKU (Orang Kurang Upaya) melalui pautan  DISINI.

Pendaftaran MyDaftar OKU

Kementerian Wanita Keluarga, dan Masyarakat (KWKM) telah menambah baik sistem pendaftaran OKU yang boleh dilakukan secara online menerusi MyDaftar OKU.

Selepas pelancaran MyDaftar OKU, pihak KWKM mensasarkan 2,000 lagi OKU akan didaftarkan sekiranya platform itu dapat disebarkan secara meluas.

Permohonan online OKU

Tempoh kelulusan Permohonan

Makluman,sebelum ini tempoh kelulusan permohonan adalah mengambil masa antara 14 hingga 30 hari untuk mendapat kelulusan.Namun,melalui  MyDaftar OKU,kelulusan untuk permohonan akan diperolehi dalam tempoh 24 jam.Cepatkan?

Cara daftar MyDaftar OKU

Berikut adalah cara untuk mendaftar:

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/.
  2. Klik menu ‘Daftar OKU.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik gambar berukuran passport.
  5. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar pendaftaran.

Semakan Pendaftaran/permohonan

Semakan permohonan boleh disemak dengan :

  1. Layari laman web https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Cari.’
  3. Status pendaftaran dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Laman Rasmi: https://oku.jkm.gov.my/hubungi_kami

Phone No: 03-8323 1656 / 03-8323 1658

Laman Facebook:  Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via