MySPR Semak Dan MySPR Daftar merupakan aplikasi di talian untuk pengundi baru membuat semakan dan pendaftaran baru.Sebelum ini,pengundi baru perlu daftar di tempat pusat pendaftaran pengundi dan melengkapkan Borang permohonan.
Terkini,pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian.Semuanya sudah menjadi senang dan menjimatkan masa.
Setiap Wargenegara berumur 18 tahun ke atas layak mengundi untuk memilih kerajaan.untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.Terbaharu,mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik.
Pendaftaran Pemilih Automatik
Mulai 15 Disember 2021, pendaftaran pemilih baharu adalah secara automatik. Berdasarkan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih baharu adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan untuk pendaftaran MySPR
Berikut syarat kelayakan daftar pemilih:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.
Boleh juga baca: Tukar Nama Kenderaan:Cara Tukar Pindah Milik Nama Motosikal Dan Kereta
Cara Semak Daftar Pemilih Online(MySPR Semak)
Berikut adalah cara untuk membuat semakan:
- Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my;
- Klik butang [Semakan Daftar Pemilih]
- Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
- Tekan butang ‘Semak’.
- Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci.
- Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.
Selain itu,anda juga boleh membuat semakan di Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Muat turun aplikasi tersebut melalui pautan berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details
Pendaftaran Akaun Baru / Cara daftar Pengundi Baru Online
Melalui Portal MySPR Daftar, anda boleh daftar,buat semakan dan tukar alamat mengundi anda.Berikut adalah cara daftar untuk akaun baru:
Langkah 1: Permohonan Akaun Baru Pengguna (MySPR Daftar Online)
Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
- Nombor telefon bimbit yang sah
- Emel yang sah
- Gambar depan kad pengenalan
- Gambar swafoto bersama kad pengenalan
Pengesahan akan dilakukan oleh pegawai SPR. Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang didaftarkan berpandukan waktu yang telah dijadualkan
Permohonan untuk mendaftar sebagai pengundi akan diproses pada hari yang sama sekiranya dihantar antara jam 8 pagi hingga 12 tengahari pada hari bekerja
Permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya jika dihantar selepas jam 12 tengahari pada hari bekerja atau pada hari Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
Cara Mohon Pertukaran Alamat Pengundi Online
Berikut adalah cara untuk tukar tempat alamat pengundi:
- Layari pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login
- Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA.
- Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan.
- Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1.
- Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki.
- Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan.
- Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC.
- Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR.
- Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel.
Permohonan untuk buat Pos Undi
Berikut ialah cara untuk memohon Pos Undi:
- Daftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna
- Log masuk akaun MySPR
- Klik [Permohonan Undi Pos]
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan
- E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses.
Cara daftar dan Semak Pemilih secara Manual
Untuk mereka yang ingin membuat pendaftaran dan semakan secara online,boleh berbuat demikian dengan menghadirkan diri ke:
- Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya - Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
- Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
- Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
- Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission - Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan
Untuk lokasi cawangan SPR terdekat,boleh check di pautan berikut: https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
- Manual Pengguna
- Telefon : +603 8892 7018
- Emel : webmaster@spr.gov.my
- Alamat : Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA
- Sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.