Sijil SSM Hilang:Cara Cetak secara online tanpa ke kaunter

Sijil SSM Hilang anda hilang?Tiada masa nak ke pejabat SSM untuk cetak kembali sijil hilang?Sebenarnya anda tidak perlu bersusah payah dan beratur di kaunter lagi kerana semuanya anda boleh cetak secara di atas talian(online) sahaja

Bayaran pun masih di kira mampu milik,hanya perlu sediakan lingkungan RM50 hingga RM65 sahaja termasuk kos GST.Paling penting sediakan wang yang secukupnya di dalam bank nanti untuk buat pembayaran online

Kelebihan Mendaftar dengan SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Perniagaan fizikal atapun online kedua-duanya wajib mendaftarkan perniagaan mereka dengan syarikat SSM. Hal ini kerana timbul banyak aduan daripada pengguna yang mengalami masalah dengan peniaga online.

Terdapat segelintir daripada para peniaga online mengambil kesempatan menipu pengguna dan mengakibatkan kerugian.

Untuk mengelakkan perniagaan anda terjejas dengan trend penipuan peniaga online, daftarkan perniagaan anda sekarang dengan syarikat SSM.

Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;

  • Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
  • Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
  • Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
  • Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.

Berikut merupakan syarat pendaftaran, prosedur pendaftaran, cara perbaharui ssm dan peringatan am yang perlu anda ikuti untuk daftar SSM secara online:

Syarat-syarat untuk mendaftar 

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Jenis Perniagaan yang dibenarkan:

  • Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik
  • Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh sekurang-kurangnya 2 atau 20 oran pemilik

Cara cetak Sijil SSM Hilang

Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk cetak sijil SSM online

1.Layari Website SSMReprint.com dan lengkapkan maklumat yang diminta

reprint ssm online

2.Pilih sijil yang anda mahu.

contoh sijil ssm

3.Masukkan maklumat email anda dan pastikan aktif untuk terima sijil softcopy anda.

cetak sijil ssm

4.Buat pembayaran secara online mengikut urutan yang di berikan.Anda akan terima sijil SSM anda dalam email selepas 1 jam waktu bekerja.

Bila dah ada soft copy senang untuk anda cetak nanti.

Maklumat lanjut

Boleh hubungi  Pusat Panggilan SSM melalui talian 03-7721 4000 atau melalui emel di  enquiry@ssm.com.my.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via