eBantuan JKM:Permohonan,Kadar bayaran,kelayakan dan semakan permohonan 2024

eBantuan JKM merupakan satu portal untuk mereka yang berkelayakan untuk memohon Bantuan JKM secara atas talian (online).Pemberian bayaran bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Selain itu, semakan kelulusan JKM juga boleh disemak di pautan eBantuan JKM

Pengumuman Syarat Terkini Bantuan JKM 2024

Melalui pembentangan bajet 2024,Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Bagi tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Jenis Skim Bantuan JKM

Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

Untuk makluman anda,terdapat 11 Jenis Skim Bantuan JKM untuk anda mohon. Segala permohonan yang dibuat haruslah memenuhi kelayakan dan kriteria yang diperlukan.

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

KADAR

Minimum  sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM450  seisi rumah melebihi  4 orang kanak- kanak.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

2. Elaun Pekerja Cacat

KADAR

RM400 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang kad OKU JKM;
  • Pendapatan bulanan RM 1,200.00  dan ke bawah;
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

KADAR

RM250 seorang sebulan.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Berumur 16 tahun dan ke atas;
  • Pemegang Kad OKU JKM;
  • Tidak berupaya bekerja.
  • Pemohon bukan penghuni/ pelatih Institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota: Sumber kewangan seperti pencen/ perkeso/ bantuan dan lain-lain

4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

KADAR

RM350 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000 ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

5. Bantuan Orang Tua (BOT)

KADAR

 RM350 sebulan seorang.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  • Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM; atau pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma ATAU 
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

6. Bantuan Am Persekutuan

KADAR

RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)

KADAR

RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- 

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)

KADAR

RM200 sebulan seorang.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Anak-anak penerima bantuan atau  bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)

KADAR

Maksimum RM2,700 sekaligus.

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)

KADAR

Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;   ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat
  • Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)

11. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

KADAR

  • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. 
  • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

Cara mohon eBantuan JKM

a. Permohonan Secara Online/ Atas Talian

1. Sila layari portal rasmi eBantuan JKM secara online di pautan berikut:

KLIK Sini : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Pilih “Negeri” & masukkan No IC anda. Kemudian klik “Daftar”.

b. Permohonan Secara Manual

Kepada yang ingin membuat permohonan bagi bantuan JKM, anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Bahagian dan hantar borang permohonan serta membawa dokumen sokongan seperti dibawah :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan

JKM 18  (Borang Permohonan Bantuan)
(Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 
(Klik disini untuk muat turun)

Semakan Status Permohonan eBantuan JKM

Berikut adalah cara-cara untuk membuat semakan status permohonan:

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat

No telefon ibu pejabat: 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Aras 6, 9-18,
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via