Bantuan Mengurus Jenazah(BMJ) Pesara Kerajaan:Permohonan dan Syarat Kelayakan

Bantuan Mengurus Jenazah(BMJ) Pesara Kerajaan merupakan bantuan kewangan di bawah Jabatan Perkhidmatan Persaraan.Bantuan ini di wujudkan untuk membantu mengurangkan beban waris atau ahli keluarga pesara kerajaan tersebut untuk menguruskan jenazah.

Kadar bayaran adalah sebanyak RM3000 sekali bayar terus kepada waris terdekat pesara tersebut

Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023, permohonan Bantuan Mengurus Jenazah susulan kematian pesara Kerajaan dalam tempoh persaraan perlu dikemukakan permohonan kepada pihak KWAP dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh kematian pesara.

Kelayakan Permohonan Bantuan

Berikut adalah kelayakan untuk membuat permohonan:

  • Pasangan, anak, agensi atau orang perseorangan yang mengurus jenazah
  • Kes kematian sebelum tarikh kuatkuasa 12 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini
  • Hanya satu bantuan sahaja layak diterima bagi Pesara Kerajaan yang meninggal dunia dalam persaraan.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses

Proses Pembayaran

Pembayaran adalah di bayar sebanyak RM3,000 akan di bayar kepada waris terdekat atau ahli keluarga yang menguruskan jenazah tersebut.Berikut adalah proses pembayaran:

  • Bayaran diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Persaraan
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon

Dokumen Penting Permohonan

Berikut adalah dokumen penting yang perlu dikepilkan bersama permohonan:

  • Salinan sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan muka surat hadapan buku akaun/ penyata/ surat pengesahan bank pemohon:
  • Dokumen yang menunjukkan hubungan antara pesara dan pemohon:
bantuan mengurus jenazah dokumen

Anda juga boleh baca: Peka B40:Cara semak kelayakan dan Manfaat Tuntutan B40

Cara Mohon Bantuan Mengurus Jenazah(BMJ) Pesara Kerajaan

Permohonan bantuan ini boleh di lakukan dengan menggunakan Borang Format baharu 2023 dengan pautan Berikut:

Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pesara Kerajaan

Setelah selesai melengkapkan borang permohonan tersebut,hantar borang tersebut di alamat berikut:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi saluran di bawah:

Phone No:  03 9997 9777 

Email: mypesara@kwap.gov.my

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via