Kerjaya jururawat melalui Program Latihan Separa Perubatan

0 85

Berminat menjadi jururawat?Tahukah anda kerjaya jururawat merupakan salah satu daripada 12 latihan separa perubatan yang ditawarkan oleh KKM.Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM.

Secara umumnya,kerjaya ini memerlukan pengkhususan latihan tetapi jangan bimbang jika anda lepasan SPM yang tiada kelayakan ada satu cara untuk anda mohon.Bagi yang nak jadi jururawat, anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus kejururawatan yang disediakan oleh kerajaan.

Maksud Kerjaya Jururawat

Profesional penjagaan kesihatan berlesen yang mengamalkan secara bebas atau diawasi oleh seorang doktor, ahli bedah, atau doktor gigi dan yang mahir dalam mempromosikan dan mengekalkan kesihatan.

Maklumat Program Latihan Separa Perubatan

Pengambilan untuk program ini biasanya sesi pengambilannya adalah 2 kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan:

  • Januari
  • Julai

Tempoh Latihan Separa Perubatan yang perlu dilalui sebelum bekerja adalah:

1.Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – 2 tahun

  • Latihan pembantu Kesihatan Awam
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

2.Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – 3 tahun

  • Latihan Jururawat
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulis Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Penolong pegawai Farmasi
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juruterapi Pergigian

Maklumat Latihan Jururawat

Jantina: Terbuka kepada perempuan sahaja

Tempoh Latihan:

  • Selama 3 tahun (bagi calon Lantikan Terus)
  • Selama 1 tahun (bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat)

Tempat Latihan:

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
  3. Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
  4. Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  5. Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  6. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  7. Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  8. Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  9. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  10. Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  11. Institut Latihan KKM Kuching
  12. Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

  • Kepujian (6C) dalam:Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); dan
  • Dua (2) subjek lain; serta
  • Lulus (7D) dalam subjek Bahasa Inggeris.

Anda juga boleh baca: Cara Semak E-Penyata Gaji JANM Penjawat Awam

Cara membuat permohonan jururawat

Bagi pemohon lepasan (SPM) atau SPM (V) permohonan boleh di buat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA) untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)

Sudahkah anda mendaftar Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9)?Jika belum,anda boleh daftar sekarang kerana permohonan di buat melalui SPA9.Bagi yang belum daftar,anda boleh rujuk Panduan Daftar Akaun SPA9.

Lepasan program ini layak ditawarkan pelantikan tetap atau kontrak ke skim perkhidmatan yang berkaitan dalam perkhidmatan awam tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pertanyaan,boleh layari Portal SPA atau boleh hubungi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
Faks: +603 8091

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More