Tekun Mobilepreneur 4.0.Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.Bantuan ini akan diberi dalam bentuk modal untuk usahawan perkhidmatan penghantaran melalui motosikal.Pembiayaan ini adalah satu inisiatif kerajaan untuk memberi peluang dan bantuan kepada golongan yang hilang punca pendapatan serta terjejas akibat penularan COVID-19.
Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 merupakan siri bantuan dari Program Tekun Mobilepreneur 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan bermula pada April 2020.
Jumlah dana pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0
Pembiayaan adalah bermula dari RM1,000 sehingga Rm10,000 yang melibatkan :
- Baik pulih motosikal
- Pembelian motosikal
- Modal pusingan
Anda boleh juga baca: Format Surat Kebenaran Menghantar Barang COD Barang Untuk Peniaga
Siapakah yang layak memohon?
Untuk memohon,syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
- Berumur 18 – 60 tahun
- Pemohon bukan seorang yang muflis
- Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah
- Mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar
- Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar & sah
- Terlibat secara langsung / separuh masa dalam aktiviti perniagaan
- Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma & syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
- Pemohon yang mendapat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-hailing adalah diberi keutamaan.
Cara membuat permohonan
Permohonan boleh dilakukan dengan hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk penerangan lanjut dan borang permohonan yang berkenaan.
Pemohon boleh rujuk SENARAI ALAMAT CAWANGAN TEKUN yang berdekatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan.Tempoh proses permohonan pembiayaan adalah selama 7 hari bekerja.Tempoh pembayaran balik adalah selama 1-3 tahun.
Makluman: TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.
Anda juga boleh baca: Skim Pembiayaan Informal (SPIN) TEKUN Sehingga RM 5000 Untuk Peniaga Tanpa SSM
Dokumen Permohonan
Pemohon diminta untuk menyediakan dokumen seperti berikut:
- Borang permohonan pembiayaan JPP02 atau JPP17
- Gambar pemohon ukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) – muka hadapan dan belakang
- Salinan buku bank simpanan / penyata bank pemohon (muka pertama & transaksi terakhir)
- Salinan salah satu bil utiliti (elektrik / air / telefon)
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing / Bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
- Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)
- Salinan lesen memandu B1 / B2 yang sah
- Salinan geran motosikal pemohon
- Salinan cukai jalan motosikal yang sah Surat Sokongan Syarikat eHailing
- Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN cawangan yang berdekatan
Download semua borang disini:
- BORANG JPP01-SENARAI SEMAK
- BORANG JPP02-BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEKUN
- BORANG PERMOHONAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0
Proses permohonan mengambil masa sehingga 7 hari waktu bekerja.
Maklumat lanjut
Pemohon di nasihatkan untuk merujuk dan hadirkan diri ke pejabat cawangan TEKUN terdekat jika ingin mendapatkan maklumat lanjut cara untuk membuat permohonan atau layari laman TEKUN Nasional.