Cara buka Akaun Semasa Maybank dengan deposit RM500 tanpa SSM

Estimated reading time: 2 minutes

Buka Akaun Semasa Maybank.Di zaman teknologi di hujung jari,ramai lagi peniaga yang masih belum mempunyai akaun bank semasa atau akaun bank perniagaan sendiri.Jika berniaga secara kecil-kecilan mungkin masih tidak mempunyai modal atau tiada masa untuk membuka akaun semasa.

Berita baik untuk peniaga yang belum mempunyai SSM dan ingin membuka akaun semasa maybank,kini anda boleh membuka akaun tersebut dengan hanya deposit serendah RM500.Sebenarnya,bagi usahawan yang belum mendaftar SSm,anda boleh daftar SSM secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Buka Akaun Bank Semasa Maybank

Untuk membuka akaun semasa,pemohon mesti menyediakan beberapa dokumen seperti:

  • Salinan SSM
  • Minimum deposit RM1,000
  • Ada introducer/ pencadang
  • Ada cop perniagaan

Jika anda adalah pengguna Maybank2u,syarat-syarat di atas adalah TIDAK PERLU.Bagi pengguna Maybank2u untuk membuka akaun semasa,mereka tidak perlu :

  • Tak perlu SSM
  • Deposit serendah RM500

Cara Mohon Akaun Semasa menggunakan Maybank2u

Dibawah adalah panduan untuk anda membuka akaun semasa tanpa SSM dan deposit rendah:

1.Pergi ke laman www.maybank2u.com.my Jika belum daftar lagi,boleh la anda daftar dulu.

Boleh juga baca: Panduan Daftar Maybank2u:Ini Cara Daftar Dan Kemaskini No Telefon

cara buka akaun semasa

2.Masukkan ID, Password dan klik LOGIN untuk log masuk

3.Dah log masuk, pergi ke bahagian pilihan di Maybank2u anda. Klik APPLY ONLINE

uka akaun semasa tanpa SSM

4.Klik Open a new Maybank2u.Premier Current Account

Buka akaun semasa deposit Rm500

5.Klik NEXT untuk isi maklumat permohonan akaun semasa

Buka akaun semasa dengan Maybank2u

6.Dah selesai daftar, nombor akaun semasa anda akan dipaparkan di laman Maybank2u

Buka akaun semasa Maybank deposit rendah

7.Buat pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank dalam masa 10 hari

Pengaktifan akaun semasa di cawangan Maybank

Selepas selesai membuat permohonan di Maybank2u,anda hendaklah membuat pengaktifan akaun semasa bank anda dimana anda perlu hadir ke cawangan Maybank berdekatan anda untuk pengaktifkan akaun dan buat pembayaran deposit serendah RM500 (boleh dikeluarkan semula) berserta dokumen sokongan berikut:

  • Kad pengenalan atau passport (wajib)
  • Lesen Memandu (sokongan)
  • Bil utiliti (elektrik/air/telefon/sewa rumah atas nama dan alamat anda (sokongan)
  • Letter of employment (sokongan)

Pengaktifan perlu dilakukan dalam masa 10 hari bekerja.Jika anda tidak membuat pengaktifan,akaun tersebut dari 10 hari permohonan dibuat akaun anda akan di tutup serta merta.

Sumber gambar

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via