Cara Semak e-Penyata Gaji JANM penjawat awam

e-Penyata Gaji JANM.Kakitangan awam atau kakitangan kerajaan yang ingin membuat semakan penyata gaji secara online boleh menggunakan kemudahan online yang dikenali sebagai e-Penyata Gaji. 

e-Penyata Gaji merupakan sistem online oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) untuk penjawat awam membuat semakan Penyata gaji dan mencetak slip penyata gaji secara atas talian.

Cara Semak e-Penyata Gaji JANM

Disini kami ingin berkongsi cara untuk membuat semakan penyata gaji online:

1.Layari website rasmi JANM di pautan berikut http://www.anm.gov.my/index.html dan pilih SISTEM e-PENYATA GAJI
DAN LAPORAN
.

2.Daftar Pengguna baru untuk anda akses ke dalam sistem tersebut.Klik Pertama kali mendaftar.

pendaftaran baru e-penyatagaji

3.Lengkapkan bahagian Pendaftaran Pengguna Baru dengan masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan. Setelah selesai, klik OK.

maklumat pendaftaran epenyatagaji

Nombor gaji boleh didapati dengan menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas

4.Klik Daftar Masuk untuk LOGIN ke dalam sistem Gaji JANM.
Masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod
Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”.

5.Setelah berjaya masuk, Kemaskini profil terutamanya e-mel dan nombor telefon untuk membolehkan sistem menghantar kata laluan baru jika pengguna terlupa kata laluan (reset kata laluan)

6.Semak penyata bulanan gaji: Klik Sendiri di bawah Penyata untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan. Pilih Tahun dan Bulan yang dimahukan. Klik butang Cari

Nota: Maklumat Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem

semak penyata gaji

Maklumat yang akan di paparkan di dalam Slip gaji JANM

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

Jumlah amaun untuk apa-apa Potongan Tetap adalah: potongan yang tidak berubah dari bulan ke habis bulan dalam E-Penyata Gaji.

Boleh juga baca :
Panduan MyASNB Pendaftaran,Penyemakan Dan Pengeluaran ASB Online
Daftar Maybank2u:Ini cara daftar dan kemaskini No telefon

Semakan e-Penyata Gaji melalui Aplikasi ePayslip JANM

Penjawat awam juga boleh menyemak penyata melalui smartphone, aplikas untuk dimuat turun di AppStore dan Play Store melalui carian “ePayslip JANM”.

Berikut adalah pautan untuk setiap aplikasi:

  1. Untuk pengguna Android: ePayslip Playstore
  2. Untuk pengguna Apple: ePayslip iOS Apple

Aplikasi ini menyediakan 4 fungsi melibatkan fungsi seperti:

  1. untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan,
  2. untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja),
  3. untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan
  4. untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.

Hebahan Penting : sistem e-Penyata Gaji online & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan sahaja manakala bagi Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh yang dinyatakan, maklumat akan dikeluarkan daripada sistem secara automatik

Maklumat dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan mengenai sebarang pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Bulanan Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan seperti nama penuh dalam kad pengenalan, potongan gaji, jantina dan tuntutan elaun, hubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat bertugas

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via