Cara memperbaharui Passport online Melalui MyOnline Passport

Renew Passport Online di MyOnline Passport. Kini,Kerajaan telah memberi kebenaran melancong ke luar negara setelah berhadapan dengan pandemik COVID19 yang telah berlanjutan selama dua tahun yang menyebabkan negara kita ‘LOCKDOWN’.

Sudah tentu ramai yang ingin melancong ke luar negara kan?Dah boleh semak sama ada passport dah expired atau belum,maklum la dah lama tidak keluar negara.Tahukah anda,anda boleh perbaharui passport secara online sahaja tanpa ke kaunter.

Jom ikuti perkongsian kami cara nak renew passport anda secara online.

Apakah MyOnline Passport?

MyOnline Passport adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Boleh juga baca: Cara Tukar Kad ATM Maybank Rosak Atau Tamat Tempoh(Expired) Online

Syarat permohonan

Berikut adalah kelayakan dan syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.
  3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu
  5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
    i) Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM200
    ii) Warga Emas (60 tahun ke atas) RM100
  6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja.
  9. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  10. Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  11. Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

Cara Memperbaharui Passport Online

Berikut adalah panduan untuk renew passport anda secara online:

1.Layari pautan berikut: https://imigresen-online.imi.gov.my/

2.Baca semua maklumat yang diberikan dan Klik SETUJU

Renew Passport Online

3.Lengkapkan permohonan dan pembayaran sehingga selesai.Anda boleh pilih untuk ambil passport anda di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Perbaharui Passport online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia DISINI

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via