Kos Haji dan Bayaran terkini telah pun diumumkan oleh Tabung Haji pada 20 Mac 2023 dan bantuan Kewangan Haji bagi tahun 1444H / 2023 ini diberikan secara bersasar mengikut kategori B40, dan M40.
Kos untuk menunaikan ibadah haji di Mekah (Makkah) pada tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah setelah mengambil kira bantuan kewangan haji bersasar adalah RM10,980 untuk kumpulan B40, RM15,980 untuk kumpulan M40 dan RM30,850 untuk kumpulan T20 bagi seorang jemaah.
Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac 2023 secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.
Untuk makluman,kos haji telah naik berbanding sebelum ini dimana pada tahun lepas kos adalah RM28,632 berbanding pada tahun ini RM30,850
Kos Haji dan bayaran Bantuan Kewangan TH 2023
Kos haji 2023 bagi mengerjakan Haji untuk Musim Haji 1444H / 2023M adalah:
- RM10,980 : Jemaah Haji Kumpulan B40 (Selepas RM1,000 bantuan kerajaan Malaysia. Bayaran asal adalah RM11,980)
- RM15,980 : Jemaah Haji Kumpulan M40
- RM30,850 : Jemaah Haji Kumpulan T20
Apakah Maksud Kos Haji?
Kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat haji seperti kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40-45 hari. Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai (Value Addex Tax) dan kadar inflasi di sana.
Selain dari kos-kos langsung, TH turut menanggung sepenuhnya kos tidak langsung yang meliputi kursus-kursus persediaan haji, penerbitan buku panduan, perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan petugas-petugas haji.
Bayaran sebenar yang di tanggung oleh TH
Untuk makluman,jumlah pembayaran adalah seperti berikut:
- kos sebenar bayaran Haji bagi Bakal Haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah bagi tahun 2023 (1444H) adalah sebanyak RM30,850 namun Tabung Haji (TH) tetap meneruskan tanggungan (subsidi) sebanyak RM19,870 (B40) dan RM14,870 (M40) seorang
- Tanggungan (subsidi) berkenaan hanya diberikan kepada jemaah yang pertama kali menunaikan haji dan secara Muassasah sahaja
Jenis Jemaah (Muassasah) | Kos Haji | Tanggungan Kos TH | Bayaran Haji |
Kumpulan B40 | RM30,850 | RM19,870 | RM10,980 |
Kumpulan M40 | RM30,850 | RM14,870 | RM15,980 |
Kumpulan T20 | RM30,850 | ** | RM30,850 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubingi melalui saluran di bawah:
Kos Haji & bayaran: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/kos-haji-dan-bayaran
Pendaftaran Haji :https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat-am/pendaftaran-haji-off