Pengeluaran Bersyarat KWSP:Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) merupakan satu inisiatif kerajaan untuk Pengeluaran Bersyarat KWSP.FSA2 ini adalah untuk membantu ahli KWSP mendapatkan bantuan kewangan melalui pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan tersebut.

Rentetan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) yang membolehkan ahli membolehkan pengeluaran bersyarat KWSP ahli yang berusia bawah 55 tahun.

Untuk makluman, Kerajaan memutuskan  tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak COVID-19. Malah, berdasarkan OECD, kesemua negara yang telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik telahpun memberhentikan fasiliti pengeluaran awal daripada tabung persaraan sejak 2021.

Apakah Pengeluaran Bersyarat KWSP atau Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2?

Merupakan alternatif kerajan sebagai ganti untuk pengeluaran Khas KWSP sebelum ini.Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan yang telah di tetapkan:

  1. Ahli KWSP warganegara Malaysia yang berumur
    40 – 54 tahun (Fasa 1)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohonan adalah sekali sahaja
  4. Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  5. Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  6. Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  7. Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  8. Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  9. Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon

Nota: Ahli hendaklah menjalani Penilaian Kesedaran Kewangan dengan institusi perbankan sebelum membuat keputusan untuk mengambil pembiayaan peribadi. Selain itu, dalam tempoh pembiayaan tersebut, ahli boleh mendapatkan perundingan lanjut melalui perkhidmatan Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP, AKPK atau perunding kewangan bank, jika perlu.

Syarat pengeluaran FSA2

Fasa Pelaksanaan Pengeluaran Bersyarat KWSP

Berikut adalah fasa yang telah ditetapkan:

Akan dilaksanakan dalam 2 fasa, di mana Fasa Pertama dibuka kepada ahli yang berumur 40 tahun ke atas. Ini kerana tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun, dan bagi melayakkan Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas sahaja yang boleh menyertai fasiliti ini buat masa ini.

Contoh: Jika ahli memohon fasiliti ini pada umur 40 tahun, maka pembiayaan peribadi ini akan matang apabila ahli berumur 50 tahun, seterusnya ahli boleh membuat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun.

Fasa Kedua pula akan dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut telah dimuktamadkan oleh semua pihak yang terlibat.

Cara Mohon

Permohonan boleh di buat melalui atas talian melalui institusi perbankan yang terlibat.

Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  1. Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  2. Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut syarat dan terma yang dipersetujui dengan institusi perbankan;
  3. Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
cara Mohon KWSP Bersyarat

Maklumat Permohonan

i) Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi

ii) Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini. 

Apakah yang berlaku kepada ahli yang membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

Setelah permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan oleh KWSP, maka:

  • i) Amaun tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran di antara umur 50 tahun hingga 55 tahun (seperti yang dipilih oleh ahli); dan
  • ii) Ahli boleh membuat pengeluaran pra-persaraan lain tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak amaun Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Institusi Perbankan yang terlibat

Ahli yang berkelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Cara Pengiraan Amaun Kelayakan

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

AhmadRitaSara
Baki simpanan Akaun 2RM70,000RM3,000RM7,500
Amaun permohonan pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskanRM10,000TiadaRM5,500
Amaun kelayakan awalRM50,000Had maksimum pembiayaan adalah RM50,000RM3,000RM0Tidak layak kerana tidak menepati syarat minimum amaun RM3,000

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Semakan Jumlah Simpanan Akaun 2 KWSP

Semakan simpanan akaun 2 KWSP boleh disemak melalui

i) i-Akaun (Ahli) / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau

ii) Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Boleh juga baca: Cara semak No Ahli KWSP secara Online dan Manual

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 7 April 2023.

Maklumat Lanjut

Boleh rujuk Soalan lazim Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP melalui pautan berikut:

(Sumber lampiran dari BERNAMA).

Apakah Fasiliti Sokongan Akaun 2?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Bilakah Permohonan fasa 1 dibuka?

Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023

Mengapakah KWSP membenarkan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

Permohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

i) Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.
ii) Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Apakah kadar faedah yang dikenakan bagi inisiatif ini?

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4% hingga 5%, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

Kesimpulan yang boleh di buat ialah

Apa Yang Rakyat Dapat?

Rakyat Boleh Dapatkan Pinjaman Sehingga RM50,000 Bergantung Kepada Baki Akaun 2 KWSP

Berapa Rakyat Kena Bayar Tiap Bulan?

Ada 2 Pilihan:
1) Bayar Secara Ansuran
2) Bayaran KWSP kepada bank pada usia 50/55
Macam Mana Pinjaman Ini Dibayar?

Umur Cecah 50 / 55 Tahun, Bayaran Balik Dilakukan Melalui Akaun 2 KWSP
Kenapa Tidak Pengeluaran Terus Simpanan?

Jika Pencarum Keluarkan Terus Wang KWSP, Ini Akan Jejaskan Dividen Semua Pencarum


Apakah Bank Yang Terlibat?


2 Bank Yang Terlibat ialah
1) MBSB
2) BSN

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via