Cukai Pintu Selangor:Permohonan dan Cara Semak

Cukai Pintu Selangor merupakan cukai yang di kena kepada mereka yang tinggal di Selangor.Cukai Pintu secara amnya dikenakan kepada semua pegangan (harta) yang terletak didalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah di negeri tersebut Ianya merupakan cukai keatas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung kepada pemilik-pemilik pegangan (harta) di kawasan Majlis, sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976, AKTA 171.

Ia adalah cukai yang dikenakan ke atas harta tanah yang terletak di Kawasan Majlis dalam Negeri Selangor meliputi harta-harta berikut :

  • Kediaman
  • Perniagaan
  • Perindustrian
  • Tanah Kosong

Apakah asas yang digunakan untuk dikenakan cukai?

Ada dua asas yang diperuntukan oleh perundangan (Akta Kerajaan Tempatan 1976) iaitu “nilai tahunan” dan “nilai tambahan”. Pengunaan antara dua asas taksiran ini adalah terletak kepada pilihan Penguasa Tempatan itu sendiri setelah mendapat persetujuan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Siapa yang patut membayar Cukai Pintu Selangor?

Individu yang wajib membayar cukai ini adalah :

  1. Tuan punya pegangan
  2. Penyewa (sekiranya perjanjian kepada penyewa)

Tempoh pembayaran Cukai Pintu/Cukai Taksiran

Biasanya tempoh pembayaran perlu di bayar dua kali setahun iaitu

  • Penggal Pertama – 1 Januari hingga 28 Februari bagi tiap-tiap tahun.
  • Penggal Kedua – 1 Julai hingga 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun.

Nota :

  1. Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Tanah/Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.
  2. Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah/Bil Taksiran daripada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah/Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

Cara Semak Cukai Pintu Online

Sekarang anda tidak perlu lagi ke kaunter,anda boleh semakan dan pembayaran cukai pintu Selangor melalui portal PBTPay.

Boleh layari link berikut https://pbtpay.kpkt.gov.my/ untuk semakan dan pembayaran cukai taksiran.

PBTPay adalah sebuah portal pembayaran sepusat rasmi bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Berikut langkah-langkah untuk anda membuat semakan dan pembayaran cukai pintu anda:

  1. Daftar dahulu sebagai pengguna di PBTPay melalui pautan berikut: https://pbtpay.kpkt.gov.my/auth/signup 
  2. Jika anda sudah ada akaun,log masuk seperti biasa.
  3. kemudian apabila anda ingin buat semakan,boleh klik pautan berikut https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/semak_advance
  4. Masukkan No Akaun dan pilih PBT yang anda berada dan klik butang semak

Selain itu anda boleh buat semakan lain seperti kompaun, sewaan dan sebagainya.

Untuk maklumat Lanjut mengenai Pembayaran online, sila rujuk pada Soalan Lazim di pautan berikut :

https://pbtpay.kpkt.gov.my/home/faq

Boleh juga baca: Cara Tuntut Pembahagian Harta Pusaka kecil Online

Cara Bayar CukaI Pintu Di Selangor secara Manual

Untuk Pembayaran Manual,boleh hadirkan diri ke bangunan Majlis Perbandaran yang berkaitan. Senarai PBT boleh dirujuk di bawah:

Senarai PBT

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi Majlis Perbandaran masing-masing di tempat anda. Atau

Jabatan Kerajaan Tempatan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

No.51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya
E-mel: pbtpay@kpkt.gov.my

Laman web: https://pbtpay.kpkt.gov.my/

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via