BSN MyHome:Skim Rumah Mampu Milik Minima RM1000 Pendapatan

BSN MyHome merupakan satu pembiayaan perumahan mampu milik dimana bertujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah dan bekerja sendiri untuk memiliki rumah pertama mereka.Program Perumahan Rakyat ini diharap dapat merealisasikan impian mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah idaman mereka.

Syarat kelayakan yang dikenakan adalah sangat mudah kerana minima pendapatan yang layak memohon adalah RM1,000 dan pembiayaan sehingga RM300,000.Sebelum membuat permohonan,mari semak dulu kelebihan dan kadar faedah yang di kenakan.

Maklumat Pembiayaan BSN MyHome

Berikut adalah kelebihan dan maklumat program perumahan rakyat ini:

  • Nama pembiayaan: BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
  • Jumlah pembiayaan: RM25,000 hingga RM300,000
  • Margin pembiayaan: Sehingga 100% (termasuk MRTA/ MRTT & LTHOT)
  • Tempoh pembiayaan: Sehingga 35 tahun

Syarat kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat untuk membuat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun ketika memohon dan 65 tahun semasa tempoh pinjaman tamat. 
  3. Dibuka untuk pemohon individu atau bersama
  4. Mempunyai bukti bekerja sendiri (boleh sertakan salinan slip gaji 3 bulan terkini sekiranya ada)
  5. Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan 
  6. Skim ini ialah untuk pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
  7. Tiada pinjaman perumahan dengan lain-lain institusi kewangan
  8. Untuk pembiayaan rumah kos rendah atau sederhana sahaja
  9. Wajib mempunyai akaun BSN Giro/ BSN Giro-i 

Anda juga boleh baca: Permohonan,Kelayakan Dan Semakan Rumah Selangorku

Kadar Faedah Pembiayaan

Berikut adalah kadar faedah yang di kenakan.Boleh rujuk jadual di bawah:

kadar faedah MYBSNHOME

Cara membuat permohonan BSN MyHome

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan perumahan mampu milik ini, anda boleh hadirkan diri ke cawangan BSN yang terdekat untuk membuat permohonan atau anda muat turun Borang Permohonan DISINI

Isikan borang selengkapnya dan bawa ke cawangan BSN yang terdekat .Boleh rujuk senarai cawangan BSN terdekat melalui pautan berikut: Lokasi cawangan BSN

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

  1. No Telefon: 1 300 88 1900
  2. Laman web Rasmi www.bsn.com.my atau di cawangan BSN terdekat

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via