Semak Baki Pinjaman Courts Mammoth.Adakah anda pernah beli barang secara ansuran di Courts Mammoth dan nak cek baki berapa perlu bayar lagi atau nak semak berapa lagi tunggakan courts mammoth?Jom kami kongsikan di bawah.
Courts Mammoth adalah sebuah jenama yang memang terkenal dan sudah lama bertapak di Malaysia di mana perkhidmatan mereka adalah mengenakan skim pembayaran ansuran produk-produk mereka seperti alatan elekrik,barang kelengkapan rumah dan sebagainya.
Seperti yang kita sedia maklum,terdapat 3 cara untuk semak baki pembayaran courts mammoth iaitu
- Emel
- Laman web Courts Mammoth
Maklumat Skim ansuran FlexiCredit Courts Mammoth
Untuk makluman,Courts Mammoth menggunakan skim permbayaran ansuran yang di panggil skim FlexiCredit.Pelbagai pelan yang di tawarkan di bawah skim ini iaitu
- FlexiBasic
- FlexiCashback
- FlexiBonus
- FlexiLite
- FlexiValue dan
- FlexiWaiver
Maklumat lanjut mengeneai Skim ini dan pelan yang di tawarkan boleh rujuk DISINI.
Sebenarnya,melalui Skim ansuran ini pembelian menjadi lebih mudah kerana kelulusan adalah dalam tempoh 24 jam, RM0 deposit dan pembeli tidak perlu membayar apa-apa untuk tempoh 30 hari pertama bergantung kepada syarat-syarat yang di tetapkan
Semak Baki Pinjaman Courts Mammoth melalui WhatsApp
Ini adalah adalah cara paling dengan hantar pertanyaan anda melalui WhatsApp kepada pihak Courts Mammoth.Berikut adalah langkah-langkah untuk semak:
1.Boleh layari laman rasmi Courts Mammoth dan pergi ke bahagian Contact Us atau pautan berikut https://www.courts.com.my/contact/ .
2.Pada bahagian WhatsApp Enquiry klik pada pautan “Click Here” dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
3.Yang penting pastikan anda ingat no Akaun Courts Mammoth anda dan No kad Pengenalan.Anda boleh semak No akaun dengan ejen anda.
Semak Baki Pembayaran Melalui Online(laman web Courts Mammoth)
Anda juga boleh membuat semakan secara online dengan Log in ke akaun anda di laman web mereka.Boleh ikuti langkah-langkah ini:
- Boleh pergi ke laman Rasmi Courts Mammoth di https://www.courts.com.my/
- Klik pada ikon “Sign In“
- Log Masuk ke akaun anda jika belum daftar,boleh daftar atau boleh daftar guna akaun facebook anda.
- Isikan semua butiran peribadi lengkap dan pastikan anda ingat kata laluan anda.Masukkan tulisan imej Captcha untuk pengesahan
- Log in akaun anda dan lihat di bahagian My Order untuk semak baki pembayaran anda.
Semak baki tunggakan bayaran Courts Mammoth melalui emel
Anda juga boleh menghantar email kepada pihak mereka untuk mereka membuat semakan baki anda.Boleh ikuti cara-cara berikut:
1.Boleh layari laman rasmi Courts Mammoth dan pergi ke bahagian Contact Us ada terpapar emel mereka.
2.Buka aplikasi email anda dan letakkan emel : cservice@courts.com.my.
3.Emelkan pertanyaan anda dengan menyertakan sekali No akaun Courts Mammoth dan no kad pengenalan untuk semakan.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan persoalan,boleh ikuti saluran-saluran berikut:
Laman Rasmi :https://www.courts.com.my/
No telefon: 03-3000 8998
Sila Join Channel Rasmi Telegram MyHebahan. Segala hebahan terbaru akan dimaklumkan melalui medium ini.