Bantuan Awal Persekolahan 2024 RM150:Permohonan dan Semakan

Bantuan Awal Persekolahan 2024 RM150 bila dapat?

Bantuan Awal Persekolahan atau BAP 2024 telah pun di umumkan di dalam bajet dan akan disalurkan bermula Januari 2024.Kementerian Pendidikan memaklumkan, sebanyak RM788.13 juta diperuntukan dalam Belanjawan 2024 khusus untuk BAP.

Bayaran Bantuan Awal Persekolahan akan di salurkan sebanyak RM150 bermula Januari ini.BAP adalah merupakan bantuan yang diperkenalkan pada tahun 2012 dimana fokus bantuan ini adalah untuk membantu keluarga yang susah dan miskin untuk memulakan persekolahan anak mereka.

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

BAP merupakan program yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu ibu bapa atau penjaga yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyediakan peralatan dan keperluan asas kepada anak-anak mereka yang akan memulakan tahun persekolahan. Program ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua kanak-kanak memiliki akses ke peralatan sekolah dan keperluan asas seperti pakaian seragam, beg sekolah, kasut sekolah, dan lain-lain yang diperlukan untuk memulakan tahun persekolahan dengan baik.

Bantuan ini adalah penting kerana ia membantu dalam mengurangkan beban kewangan kepada keluarga yang mungkin menghadapi kesukaran kewangan dalam memenuhi keperluan asas anak-anak mereka dalam persekolahan. Bantuan awal persekolahan sering diberikan kepada keluarga yang memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan oleh kerajaan, seperti pendapatan keluarga yang rendah.

Program ini biasanya dikendalikan oleh agensi kerajaan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia atau agensi tempatan,

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan BAP sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Boleh juga baca: Skim Perubatan Madani:Syarat,Semakan Kelayakan dan Jenis Rawatan

Syarat Kelayakan BAP

Berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:

a) Murid warganegara Malaysia:

b) Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/204; dan

c) Murid bersekolah di :

i. Sekolah Kerajaan (SK)
ii. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
iii. Sekolah Agama
iv. Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
v. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
vi. Sekolah Integriti
v. Sekolah Henry Gurney

Cara Mohon BAP 2024

Ibu bapa tidak perlu mengisi apa-apa borang,hanya perlu membuat kemaskini kadar pendapatan terkini untuk makluman pihak sekolah

Bermula 2023,Permohonan untuk BAP 2024 akan diberikan pada pelajar tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.Semua Pelajar akan di berikan bantuan yang di tetapkan jika memenuhi syarat yang di nyatakan.

Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Awal Persekolahan

Bagi murid yang layak akan di berikan secara one off sebanyak RM150 setiap sorang bermula Januari 2024

Kaedah pembayaran adalah melalui :

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tiada talian hotline khusus tetapi penjelasan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via