Renew Cukai Jalan MyJPJ.Dengan kemajuan teknologi yang pesat, pemilik kenderaan sekarang dapat memperbaharui cukai jalan digital (e-LKM) mereka melalui aplikasi MyJPJ. Sebelumnya, aplikasi ini hanya digunakan untuk memeriksa lesen memandu dan cukai jalan, namun kini fungsinya diperluas untuk memudahkan pemilik kenderaan dalam pembaharuan e-LKM.
Dengan fungsi terbaru ini, pemilik kenderaan memiliki kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan melalui aplikasi MyJPJ atau melalui aplikasi pihak ketiga yang terintegrasi. Pembaruan untuk Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) melalui aplikasi MyJPJ dijadualkan akan bermula pada 1 Februari 2024
Pengenalan fungsi baru ini diharapkan dapat mempermudah proses pembaharuan LKM dan LMM secara digital, memberikan keuntungan dalam segi waktu dan perbelanjaan serta mengurangi kepadatan transaksi fizikal di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Inisiatif ini tidak hanya memberikan kemudahan kepada pengguna, tetapi juga berpotensi mengurangi kerumitan dalam urusan berkaitan dengan kenderaan.
Cara Muat Turun aplikasi MyJPJ
Bagi mereka yang belum muat turun aplikasi ini,anda wajib download aplikasi ini kegunaan masa hadapan.Boleh muat turun melalui pautan di bawah:
- Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
- Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311
Pastikan anda download di link yang betul bagi mengelakkan kecurian data di telefon anda.
Untuk Maklumat semakan,anda boleh rujuk maklumat di bawah:
MyJPJ : Semakan Lesen Memandu dan Cukai Jalan Digital Online
Cara Renew Roadtax melalui MyJPJ
Renew Cukai Jalan MyJPJ?Melalui pelbagai inovasi dan kemajuan terkini,MyJPJ kini boleh di gunakan untuk renew roadtax e-LKM kenderaan.
Boleh ikuti maklumat di bawah untuk memperbaharui cukai jalan MyJPJ:
- Buka dan log masuk aplikasi MyJPJ
- Klik “Lesen Kenderaan Motor” dan “Pilih Nombor Kenderaan”
- Klik “Pembaharuan”
- Pilih “Tempoh Pembayaran” dan “Mod pembayaran”
- Klik butang “Submit”
- Bayaran pembaharuan cukai jalan anda telah pun berjaya dan resit akan dipaparkan untuk siimpanan dan rujukan anda.
- Isi maklumat kad kredit / kad debit
- Klik butang “Proceed”
- Masukkan kod MSOS
Rebat RM5 pembaharuan e-LMM dan e-LKM
Untuk mendorong lebih ramai orang beralih kepada Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) dan Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM), mereka yang memilih untuk membuat pembaharuan dengan menggunakan e-LMM akan menerima rebat sebanyak RM5.
Rebat ini akan berkuat kuasa mulai 1 Februari hingga 31 Disember tahun ini, tetapi hanya terhad kepada individu yang memilih e-LMM melalui kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), portal mySIKAP, aplikasi MyJPJ, atau rakan niaga JPJ.
Penggunaan aplikasi ini bagi urusan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula dengan kenderaan persendirian individu (warganegara) pada peringkat awal.
Bagi mendorong penggunaan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM), individu yang memilih opsyen e-LMM semasa proses pembaharuan akan menerima rebat sebanyak RM5. Rebate ini akan diberikan sepanjang tahun 2024, bermula 1 Februari hingga 31 Disember.
Inisiatif ini hanya terbuka kepada warganegara dan tidak melibatkan warga asing atau pemegang pas permit jangka masa panjang, kad MyKAS, dan kad MyPR.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh kemukakan melalui saluran berikut:
- Laman Rasmi JPJ: https://public.jpj.gov.my/
- Talian hotline JPJ di 03 8000 8000