Estimated reading time: 3 minutes
Dah daftar iRakyat Bank Rakyat Online Banking?Jika anda adalah pemegang akaun Bank Rakyat,anda wajib daftar kerana banyak kemudahan yang disediakan melalui Perbankan Internet Bank Rakyat.
iRakyat merupakan perkhidmatan Perbankan internet yang disediakan oleh pihak Bank Rakyat untuk kemudahan pelanggan mereka.Perkhidmatan percuma ini diberikan kepada pelanggan mereka untuk melakukan pelbagai transaksi kewangan seperti pemindahan wang, bayaran bil dan sebagainya.
iRakyat boleh diakses melalui:
- Layari Website untuk perbankan internet dalam talian
- Aplikasi Telefon untuk Perbankan Mudah Alih
Cara Daftar iRakyat Bank Rakyat Online
Untuk Login ke dalam iRakyat dan menggunakan kemudahan yang disediakan,anda mesti terlebih dahulu daftar untuk akaun iRakyat melalui Perbankan online iRakyat.
Pendaftaran akaun iRakyat menggunakan:
- Kad Debit-i / Kad Kredit-i
- ID Sementara (tanpa Kad Debit-i / Kad Kredit-i)
Sebelum daftar,anda perlu kemaskini No Telefon anda.Anda boleh ikuti langkah di bawah:
- Pergi ke cawangan ATM yang terdekat anda
- Masukkan PIN ATM di kad anda
- KLIK menu Others.
- KLIK menu Internet Banking T-PIN.
- Masukkan nombor telefon dan T-PIN.Selesai!
Boleh juga baca: Daftar CIMB Clicks: Login Kali Pertama Dan Aktifkan Akaun
Untuk daftar Bank Rakyat Online anda boleh rujuk cara-cara di bawah:
1.Guna Kad Debit-i / Kad Kredit-i
Boleh ikuti langkah-langkah pendaftaran di sini:
- Layari website rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
- Klik Login > Personal Banking.
- Klik Register.
- Klik I have a Bank Rakyat Kad Debit-i/Credit Card-i
- Pada Card type, sila pilih jenis kad Anda.
- Masukkan Nombor Kad Debit-i yang tertera pada kad
- kemudian,isi dan lengkapkan maklumat yang diminta
- Tekan Next dan Masukkan No TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- KLik Submit.
- Kemudian,masukkan Username,New Password kemudian pada Confirm New Password masukkan sekali untuk pengesahan
- Lepas tu,masukkan Email Address,Preferred Name,Secure Phrase dan Warna keselamatan yang anda inginkan
- Baca terma dan Syarat ,Jika bersetuju Klik Accept.
- Submit,selesai!
2.Guna Id Sementara (tanpa Kad Debit-i / Kad Kredit-i)
Berikut adalah cara-cara untuk daftar guna id Sementara
- Layari website rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
- Klik Login > Personal Banking.
- Klik Register.
- Klik I have a Bank rakyat Temporary ID
- Masukkan Temporary ID yang Anda peroleh dari Customer Service.
- Masukkan No TAC yang anda dapat dan Submit
- Kemudian,masukkan Username,New Password kemudian pada Confirm New Password masukkan sekali untuk pengesahan
- Lepas tu,masukkan Email Address,Preferred Name,Secure Phrase dan Warna keselamatan yang anda inginkan
- Baca terma dan Syarat ,Jika bersetuju Klik Accept.
- Submit,selesai!
Aplikasi iRakyat Mobile Banking
Bagi memudahkan pelanggan mereka menikmati kemudahan yang disediakan,Bank Rakyat juga ada menyediakan Aplikasi telefon iRakyat Mobile Banking yang boleh di gunakan terus dari telefon.
Aplikasi ini boleh di muat turun dari pautan berikut:
- Google Play – Android
- App Store – iOS
Untuk daftar aplikasi di atas,anda boleh ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi yang di nyatakan melalui pautan yang disediakan tadi
- Log In Aplikasi tersebut dan pastikan semuanya sama semasa daftar tadi, kemudian masukkan password.
- Berjaya Login.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
No telefon :1-300-80-5454
Email: telerakyat@bankrakyat.com.my
- enquiries.bankrakyat.com.my
- www.facebook.com/myBANKRAKYAT
- www.twitter.com/myBANKRAKYAT
