Daftar Agrobank Online/AGRONET banking untuk memudahkan anda membuat transaksi pembayaran,pengurusan akaun ,pemantauan duit masuk keluar di dalam akaun bank anda dan banyak lagi
Agrobank (dahulunya dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia, singkatan BPM) adalah sebuah bank milik kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan.
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan matlamat menyediakan perkhidmatan kewangan yang menyeluruh khusus untuk menyokong dan memperkasakan sektor pertanian negara.
Cara Daftar Agrobank Online
Berikut adalah cara register online di laman rasmi AGRONET:
- Pergi laman web https://www.agronet.com.my
- Di halaman utama, tekan link Register an Account.
- Pada laman seterusnya, baca terma & syarat yang tertera pada kotak TERMS & CONDITIONS.
- Tekan butang Accept.
- Seterusnya pada Account Number (16 digits), masukkan nombor akaun bank anda, yang mempunyai 16 digit.
- Pada ATM Card Number, masukkan nombor kad ATM anda. Nombor kad ini anda boleh peroleh pada bahagian hadapan kad ATM anda.
- Pada ATM Pin Number, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
- Pada Type the code shown, masukkan kod yang anda dapat lihat pada rajah di bawah ruang tersebut.
- Tekan Refresh sekiranya anda tidak dapat melihat dengan jelas kod yang tertera.
- Apabila selesai, tekan butang Next untuk meneruskan proses dan cara daftar Agrobank online banking
- Pada laman seterusnya, pilih satu gambar yang anda mahu gunakan untuk keselamatan akaun anda, ataupun lebih tepat, sebagai pengesahan, bahawa gambar ini ialah milik akaun anda.
- Pada Username, masukkan username yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Pada Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
- Kemudian, pada Security Question 1, pilih salah satu soalan yang tertera pada drop-down menu.
- Pada Answer 1, masukkan jawapan untuk Security Question 1. Pada Confirm Answer 1, masukkan sekali lagi jawapan yang anda letak pada Confirm Answer 1.
- Lakukan perkara yang sama pada Security Question 2. Pilih soalan yang berlainan daripada Security Question 1, dan masukkan jawapannya pada Answer 2 dan Confirm Answer 2.
- Ulang proses ini pada Security Question 3, Answer 3 dan Confirm Answer 3. Tiga soalan ini penting, untuk memastikan anda boleh login ke akaun anda pada masa hadapan, andai kata anda terlupa username atau password
- Kemudian, pada ruangan di bawah, masukkan nombor telefon anda.
- Seterusnya, pilih satu gambar keselamatan.
- Klik Register.
- Proses daftar akaun Agrobank online melalui AGRONet anda selesai.
Anda mungkin juga boleh baca: Daftar CIMB Clicks: Login Kali Pertama Dan Aktifkan Akaun
Cara Login AGRONet
Berikut adalah cara login kali pertama di AGRONet:
- Untuk login,pergi ke laman asal sebelum
- Login menggunakan username dan Password yang anda tetapkan tadi
- Pastikan gambar yang dipaparkan sama dengan gambar yang dipilih semasa pendaftaran sebelum memasukkan password.
- Sekiranya sama seperti gambar yang ditetapkan,anda akan berjaya login.Selesai!
Untuk Aplikasi Mobile boleh muat turun di bawah:
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi :
Facebook : Agrobank
AGROBANK Contact Centre:1-300-88-2476