Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) merupakan program di bawah selian kementerian ekonomi untuk membantu golongan miskin tegar di Malaysia.
Melalui Program ini,Kerajaan berharap agar dapat membantu peserta IPR untuk mendapatkan pendapatan sekurang-kurangnya RM2000 sebulan agar keluar dari kepompong kemiskinan melalui garis kemiskinan tegar yang di tetapkan pada paras RM 1900
Kerajaan menetapkan sasaran 100,000 penerima mendapat manfaat daripada IPR.
Apakah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)?
IPR merupakan satu program di bawah Kementerian Ekonomi untuk membantu golongan miskin tegar dan B40 meningkatkan pendapatan keluarga mereka untuk mencapai objektif yang berikut:
- Strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
- Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
- Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.
3 model IPR
Berikut adalah Model IPR yang terlibat:
- Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
- Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
- Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
i) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN)
Program INTAN mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapat pendapatan kerana perlu menunggu sehingga sehingga hasil boleh dituai.
Oleh itu, kerajaan telah mengambil kira bantuan untuk tempoh pemantauan 24 bulan termasuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan termasuk elaun bulanan sementara hasil tuaian itu berlaku.
Antara pihak yang terlibat dalam model INTAN adalah:
- Syarikat pertanian
- Rantaian peruncitan makanan
- Pengeksport
- Agensi-agensi kerajaan berkaitan
- Koperasi
ii) Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN)
Menerusi program INSAN, perserta boleh jana pendapatan dan buat dengan mesin vending (vending machine) di mana anda diberikan pelbagai kemudahan termausk latihan bisnes dan perniagaan secara percuma, teknologi, latihan kemahiran, tempat berniaga disediakan, bantuan promosi dan pemsaran dan lain-lain lagi menerusi koperasi.
Antara pihak yang terlibat dalam model INSAN adalah:
- Pengusaha mesin menjual (vending machine)
- Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
- Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
- Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
- Stesen-stesen LRT
- Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
iii) Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN)
Melalui IKHSAN, peserta boleh menjadi operator kawal selia kemudahan kerajaan seperti tandas awam atau pejabat dan mereka mendapat pendapatan dari dua sumber iaitu satu daripada kutipan harian orang bayar untuk masuk tandas atau kelengkapan kemudahan lain.
Antara pihak yang terlibat dalam model IKHSAN adalah:
- Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
- Premis-premis agensi kerajaan
Boleh juga baca: Peka B40:Cara semak kelayakan dan Manfaat Tuntutan B40
Syarat & Kelayakan Permohonan
Berikut adalah syarat yang diperlukan:
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar
Cara Mohon
Permohonan boleh di lakukan apabila individu yang terlibat memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan dengan menghantar permohonan untuk menyertai program IPR ini.Ikut langkah-langkah membuat permohonan:
- Pergi ke laman IPR di pautan berikut: https://ipr.epu.gov.my/sign_up
- Buat Pendaftaran Akaun anda
- Buat pengesahan akaun anda denga klik pautan yang di beri dalam email
- Log in dalam akaun anda
- Lengkapkan permohonan anda dengan melengkapkan butiran diri anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan Maklumat Lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah:
Kementerian Ekonomi
Menara Prisma
No. 26 Persiaran Perdana, Presint 3
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 Putrajaya