Proses Penceraian merupakan proses atau perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri). Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi.
Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.
Jenis Penceraian
Jenis penceraian terdapat beberapa bahagian iaitu
- TALAK
Talak berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud melepaskan atau membuka ikatan. Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah (sindiran).
- FASAKH
Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.
- KHULUK ATAU TEBUS TALAK
Khuluk atau tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati sebelum ini kepada suaminya.
Khuluk adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang diberikan oleh isteri kepada suaminya Khuluk disyariatkan adalah berpandukan ayat al-Qur’an yang bermaksudnya : oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukuman Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran tersebut).
- LI’AN
Perkataan li’an asalnya daripada perkataan “لاعن” iaitu mengutuk. Dan diambil daripada perkataan “اللعن” iaitu kutukan.
L’ian menurut istilah fikah (hukum syarak) ialah sumpah seorang suami apabila ia menuduh isterinya melakukan zina. Sumpah itu diucapkan sebanyak empat kali, bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah yang kelima ia meminta kutukan daripada Allah s.w.t. sekiranya ia berdusta.
Li’an dari segi bahasa ialah menghalau dan menjauhkan. Manakala dari segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzin
- ZIHAR
Zihar pada segi istilah syarak, ertinya suami yang menziharkan juzuk tubuh badan isterinya dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya. Namun demikian ZIHAR tidaklah sampai jatuh talak sehingga menyebabkan pasangan suami isteri itu mesti bercerai tetapi hukuman tetap dikenakan bersabit dengan kesalahan tersebut. Allah swt telah berfirman (Surah Al-Mujadalah : ayat 2)yang maksudnya:
“Orang-orang yang menziharkan isterinya di antara kamu, (menganggap isteri sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun”
“Allah sekali-kali tidak menjadikan di dalam rongganya, dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri.”
Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan
5 kategori proses dan pengesahan Cerai
Berikut adalah 5 kategori proses penceraian:
Proses Kes Permohonan Cerai (Secara Talaq Dengan Persetujuan Bersama)
- Suami atau isteri:-
- i. Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah
- dilengkapkan (mengikut format borang)
- ii. Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negerimasing-masing)
- iii. Daftar kes cerai di kaunter
- iv. Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah
- (Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).
- Suami dan isteri:-
- i. Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- ii. Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
- • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau
- Pasport.
- Mahkamah mendapatkan persetujuan perceraian daripada suami dan isteri
- Suami melafazkan cerai talaq satu (1)
- Mahkamah:-
- i. Sahkan lafaz cerai suami
- ii. Keluarkan perintah perceraian
- Suami dan isteri terima rekod perceraian
- Suami dan isteri bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan Agama Islam untuk daftar cerai
- Suami dan isteri:-
- Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama dokumen asal berikut:-
- • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau
- Pasport
- • Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
- ii. Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)
- Jabatan Agama Islam:-
- i. Daftar cerai
- ii. Keluarkan sijil cerai
Proses Kes Permohonan Cerai (Tanpa Persetujuan Bersama)
Suami atau isteri:-
i.Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah dilengkapkan (mengikut format borang)
ii.Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri masing-masing)
iii.Daftar kes cerai di kaunter
iv.Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah.
(Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan)
b. Mahkamah serahkan saman kepada suami atau isteri (dalam tempoh tidak melebihi 14 hari selepas kes didaftarkan)
c. Suami dan isteri:-
– i.Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
– ii.Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:
•Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
•Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri atau Pasport.
d. Suami atau isteri tidak bersetuju bercerai
e. Mahkamah lantik Jawatankuasa Pendamai
ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002
Seksyen 47(5) Jika pihak yang satu lagi tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.
f. Suami atau isteri:-
– i.Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
– ii.Beri keterangan kepada Jawatankuasa Pendamai
g. Jawatankuasa Pendamai:-
– i. Mengadakan proses perdamaian
– ii.Kemukan laporan bertulis dan syor kepada Hakim sama ada wujud perdamaian atau tidak.
Proses Perdamaian dijalankan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan.
Sumber: Peguam Syarie
Proses Kes Perceraian Secara Ta’liq atau Fasakh
Untuk proses ini,boleh rujuk di pautan berikut:
http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/c12.pdf
Proses Perceraian Secara Tebus Talaq
Isteri:-
- Serah Borang Permohonan Perceraian yang telah
- dilengkapkan (mengikut format borang negeri masingmasing).
- Bayar yuran pendaftaran (mengikut kadar ketetapan negeri
- masing-masing).
- Daftar kes cerai di kaunter.
- Terima tarikh dan masa hadir ke Mahkamah.(Tarikh untuk suami dan isteri hadir ke mahkamah hendaklah tidak melebihi 21 hari dari tarikh kes didaftarkan).
- Mahkamah serahkan saman kepada suami (dalam tempod tidak melebihi 14 hari selepasa kes didaftarkan).
Suami dan isteri :-
- Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Bawa bersama dokumen asal seperti berikut:-
- Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diriatau passport
- Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
- Maklumkan bersetuju bercerai secara tebus talaq
- Maklumkan bersetuju dengan jumlah tebus talaq
Isteri membayar jumlah bayaran tebus talaq kepada suami
Suami melafazkan tebus talaq dihadapan Hakim.
Mahkamah keluarkan perintah perceraian
Suami dan isteri:-
- Terima rekod perceraian
- Bawa rekod perceraian dengan SEGERA ke Jabatan
- Agama Islam untuk daftar cerai
Suami dan isteri:-
- i Serah rekod cerai kepada Jabatan Agama bersama
- dokumen asal berikut:-
- • Sijil Nikah atau Sijil Ruju’
- • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri
- atau Pasport
- Perintah Daftar Cerai dan Rekod Perceraian
- Bayar yuran daftar cerai (mengikut kadar yang ditetapkan oleh negeri-negeri)
Jabatan Agama Islam:-
- Daftar cerai
- Keluarkan sijil cerai
Boleh juga baca: Harta Sepencarian:Cara Mohon(Bercerai atau kematian pasangan)
Proses Pengesahan Lafaz Perceraian Di Luar Mahkamah
Proses melibatkan kes di kategori di atas boleh rujuk:
http://www.jksm.gov.my/wp-content/uploads/2022/01/c14.pdf
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut,boleh hubungi melalui saluran berikut:
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia – JKSM
Phone No: 60 3-8870 9200