Estimated reading time: 4 minutes
Kepada penduduk Pulau Pinang,ada berita baik untuk anda!kepada yang ingin mencari rumah pertama dan mampu milik boleh membuat permohonan di sistem Portal Rasmi eRumah Penang
eRumah adalah Sistem maklumat perumahan kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan salah satu inisaitif yang disediakan selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Pulau Pinang yang inginkan “Satu Rumah, Satu keluarga”.
Maklumat Skim Perumahan Perajaan Negeri
Sistem Perumahan ini diperkenalkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah mendapatkan rumah mereka dengan harga mampu milik.Tawaran skim perumahan kerajaan negeri seperti:
- Rumah Kos Rendah (KR)
- Kos Sederhana Rendah (KSR)
- Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- Rumah Mampu Miliki (RMM)
Faktor penubuhan Skim perumahan ini adalah di sebabkan kerajaan negeri mendapati:
- Harga rumah yang terlalu mahal
- Kos sara hidup tinggi
- Ramai yang tidak mampu memiliki rumah sendiri
Boleh juga baca:Permohonan Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)
Kelayakan dan Syarat Permohonan eRumah Penang
Berikut adalah syarat-syarat permohonan:
- Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri / suami)
- Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun pada tarikh permohonan
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Pengundi berdaftar di Negeri Pulau Pinang SAHAJA (Pemohon dan isteri/suami)
- Pendapatan pemohon / suami / isteri tidak melebihi RM750.00 atau Pendapatan seisi sekeluarga kurang daripada RM1,500.00
- Tidak pernah memiliki rumah di Pulau Pinang dan di mana-mana negeri di Malaysia (walaupun telah dijual, pemohon suami / isteri adalah tidak layak memohon)
- Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
- Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan
Dokumen penting diperlukan:
Keterangan mengenai butir-butir diri, pekerjaan, pendapatan dan alamat majikan bagi pemohon, isteri / suami serta tanggungan mestilah disokong dengan salinan dokumen-dokumen berkenaan yang disahkan seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
- Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan sumpah perkahwinan pemohon
- Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
- Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
- Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
i) Surat pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji terkini pemohon dan suami / isteri
ii) Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan isteri / suami
iii) Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum - Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
i) Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami
ii) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat / Lesen Perniagaan - Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
i) Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan isteri / suami - Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah
i) Surat Akuan Sumpah “Tidak Berkerja” pemohon dan isteri / suami - 3 keping gambar rumah dari sudut tepi, belakang dan depan
- 2 keping gambar bersaiz kad pengenalan
- Salinan laporan CCRIS (Pemohon dan Isteri/Suami) – Sila rujuk Bank Negara Malaysia Cawangan Berhampiran
Pemohon dan isteri / suami hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) borang SAHAJA.
Jika terdapat@ berlaku pertukaran alamat surat menyurat, Pentadbiran ini hendaklah dimaklumkan dengan mengisi borang pertukaran alamat.
Surat Akuan Sumpah mestilah dibuat di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan SAHAJA.
Cara membuat permohonan Online eRumah Penang
Berikut adalah cara-cara untuk daftar online untuk permohonan rumah mampu milik eRumah Penang:
1.Layari Laman Rasmi tersebut di https://erumah.penang.gov.my/.
2.Kemudian Klik SEMAKAN STATUS & LOGIN PEMOHON

3.Masukkan NO Kad Pengenalan diri anda dan kemudian SEMAK

4.Bagi permohonan Baru,anda klik disini.Contoh gambar di bawah:

5.Kemudian pilih projek yang aktif yang anda berminat dan lengkapkan permohonan anda sehingga selesai.Baca syarat-syarat kelayakan yang diperlukan
NOTA:Untuk senarai projek aktif boleh rujuk di SINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh layari Laman Rasmi Portal Sistem Maklumat Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di pautan https://erumah.penang.gov.my/.
LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 20, KOMTAR
10503 PULAU PINANG
04-6505336/04-6505392
