Permohonan Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

0 124

Berita baik buat warga Kedah kerana anda yang layak berpeluang memohon Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).Skim bantuan itu khusus buat rakyat di negeri Kedah yang mempunyai gaji atau elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500

Paling menarik, skim bantuan rumah bernilai RM45,000 dan pembayaran adalah RM280 sebulan.Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad membiayai perumahan asnaf melalui Pembiayaan Peribadi-i Asnaf (Zakat Kedah). 

Tarikh permohonan

Permohonan Skim Bantuan Rumah (LZNK) ini dibuka bermula dari :

  • 3 Mei hingga 3 Julai 2021

Kadar Bantuan yang diberikan

Skim bantuan itu khusus buat rakyat di negeri Kedah yang mempunyai gaji atau elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500.

Pemohon yang berkelayakan akan memiliki rumah bernilai RM45,000 dengan:

  • RM22,500 (Dana LZNK)
  • RM22,500 (Pembiayaan Peribadi BIMB)

Kini dengan LZNK, BIMB anda boleh memiliki rumah impian anda sendiri dengan pembayaran yang cukup murah iaitu RM280 sebulan.

Boleh juga baca: Permohonan Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Kelayakan untuk memohon

Syarat kelayakan yang diperlukan:

  1. Individu beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia dan bermastautin serta bekerja di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya (2) dua tahun)
  3. Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/ elaun tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai Slip Gaji. (pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000)
  4. Berumur 25 tahun sehingga 4- tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin
  5. Bukan penghutang penghakiman atau muflis
  6. Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah
  7. Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerius atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah
  8. Melepasi tapisan kelayakan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Bank Islam Malaysia Berhad

Dokumen penting yang diperlukan

Dokumen yang perlu di bawa bersama borang permohonan ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang)
  • Salinan Kad Pengenalan / surat lahir bagi semua tanggungan / surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
  • Salinan sijil perkahwinan, surat cerai / sijil cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
  • Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
  • Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah

Salinan Geran Tanah

  • Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
  • Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan
    pemilik tanah dengan pemohon)
  • Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditanda-tangani di setiap helaian
    bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
  • Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.

Gambar Rumah Pemohon

  • Gambar keadaan rumah semasa (4x penjeru, dalam-belakang-tepi-depan)
  • Gambar tapak rumah

Cara membuat Permohonan Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Bagi individu yang layak,anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang dan bersama dokumen yang lengkap sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Penolong Amil atau Pejabat Zakat Daerah yang terdekat, sebelum atau pada 3 Julai 2.Borang permohonan boleh di muat turun di pautan link di bawah:

Borang Permohonan Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi:

Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200, Alor Setar,
Kedah
Tel    : 04-733 1740
Faks : 04-731 6280

Comments
Loading...

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More