Insentif JaminKerja:Permohonan,Kelayakan dan Bantuan Sehingga RM900 untuk 6 Bulan

Insentif JaminKerja sudah pun di buka dimana kerajaan memperuntukkan RM2 bilion di dalam Bajet 2022 untuk JaminKerja Insentif Penggajian (JKIP).Insentif Penggajian JaminKerja oleh PERKESO ini akan memberi peluang pekerjaan 300,000 pencari kerja pelbagai golongan.

Ini akan dapat membantu Keluarga Malaysia, terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.Di bawah kami kongsikan maklumat lebih lanjut mengenai insentif ini

Maklumat Insentif JaminKerja PEREKSO

Insentif JaminKerja akan menyediakan peluang pekerjaan 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion.

kerajaan juga akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan sasaran 300,000 orang menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Insentif JaminKerja Keluarga Malaysia

Berikut adalah kadar insentif Penggajian untuk program ini :

  • Pencari Kerja/ Ganti Pekerja Asing
    Kadar insentif: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Golongan Rentan/ Wanita/ Sektor ICT/ Sektor Pelancongan
    Kadar insentif: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis
    Kadar insentif: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
  • Pekerja Gig
    Kadar insentif: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan
program bantuan pekerjaan

Syarat Kelayakan untuk kategori

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang di kenakan:

Pencari Kerja

  • Individu berumur 18 hingga 50 tahun yang tidak aktif bekerja

Ganti Pekerja Asing

  • Penggantian jawatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing & pengawal dagang
  • Tambahan 10% daripada gaji akan diberikan kepada pekerja setiap bulan bagi tempoh 12 bulan

Golongan Rentan

  • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 180 hari
  • Bekas Tentera
  • Orang Asli
  • Banduan/ orang yang diparoi
  • Golongan Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Peserta Program RTW PERKESO
  • Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas

Wanita

  • Golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari termasuk career break
  • Ibu tunggal/ suri rumah
  • Termasuk tawaran kerja secara fleksibel

Sektor Utama

  • Digital Skills Related (ICT)
  • Sektor Pelancongan

Perantis

  • Lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
  • Tawaran pekerjaan adalah untuk jenis jawatan Eksekutif
  • Diploma dan ke atas sahaja

Pekerja Gig

Melibatkan pencari kerja daripada kategori:

  • Orang yang kehilangan pekerjaan
  • Golongan rentan seperti miskin termasuk senarai individu berdaftar dengan eKasih
  • Pekerja yang ditimpa cuti tanpa gaji
  • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 30 hari
  • Golongan suri rumah dan berpendapatan rendah

Tambahan RM200 sebulan disediakan jika pekerja gig dapat menerima hasil yang lebih daripada RM2,500 sebulan ataupun bekerja lebih daripada 120 jam.

Anda juga boleh baca: Permohonan SIP GIG PERKESO 2022

antuan Pekerjaan JaminKerja

Cara untuk membuat permohonan Insentif JaminKerja

Untuk makluman,bagi majikan yang telah mengambil pekerja bermula 1 Januari 2022,anda boleh membuat permohonan di https://jaminkerja.perkeso.gov.my

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medioum berikut:

Laman Rasmi:http://www.perkeso.gov.my/



Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via