Cara kemaskini no telefon CIMB untuk perbankan internet

Estimated reading time: 2 minutes

Anda pengguna perbankan internet CIMB?Dengan menggunakan telefon pintar,anda boleh membuat pelbagai transaksi dengan CIMB Click dengan mengggunakan TAC melalui telefon anda.Segala urusan perbankan anda termasuk membuat semakan baki dan pemindahan wang, bayar kad kradit boleh dilakukan oleh anda dengan hanya dengan login CIMB Clicks.Untuk melaksanakan urusan online banking, semestinya No Tac akan diperlukan.

Bagaimana jika no telefon yang anda sudah daftar untuk perbankan internet ini telah tamat perkhidmatan,nombor telefon anda disekat (blocked) atau anda ingin tukar kepada no baru yang lain disebabkan kehilangan telefon?Perkongsian berikut adalah cara untuk anda kemaskini no telefon CIMB jika berlaku perkara yang tidak di ingini seperti di atas.

Boleh juga baca: Cara Daftar Dan Guna Maybank Secure2u

Cara kemaskini no telefon CIMB

Disini kami akan kongsikan 2 cara mudah untuk anda membuat kemaskini jika terjadi perkara-perkara yang disebutkan di atas:

1.Kemaskini no telefon melalui laman rasmi CIMBClicks

  1. Anda perlu melayari laman web rasmi CIMBClicks
  2. Layari website berikut untuk buat penukaran no,boleh klik di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  3. Masukkan nama pengguna anda pada ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian masukkan kata laluan@pasword anda dan tekan “Login“.
  5. Pada halaman seterusnya, anda akan dipaparkan di skrin “Menu Dashboard“.
  6. Anda perlu mencari “Settings” pada bahagian Menu tersebut.
  7. Profil anda akan dipaparkan
  8. Anda harus klik pada “Update Contact Details“.
  9. Anda perlu cari tetapan “Phone Number”
  10. Tekan “Edit“.
  11. Masukkan nombor telefon baru anda.Selesai!

2.Kemaskini no telefon mesin ATM CIMB

  • Pertama anda harus kenalpasti ATM CIMB yang berdekatan dengan anda untuk membuat penukaran no anda dan ikuti langkah seterusnya
  • Masukkan kad ATM CIMB dan masukkan nombor PIN ATM
  • Pilih dan klik pada “Others“.
  • Kemudian anda perlu klik pada CIMB Clicks.
  • Masukkan nombor telefon baru , ataupun no yang baru anda tukar ke dalam ruangan tersebut.
  • Selepas itu,anda perlu menunggu untuk dapat TAC yang menunjukkan penukaran No anda berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat dan pertanyaan,anda boleh ikuti melalui medium berikut:

Laman rasmi: https://www.cimb.com.my/en/personal/home.html

No telefon :03-6204 7788

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via