Dah Daftar Boost eWallet?Pada zaman teknologi ini,terdapat banyak penyedia perkhidmattan eWallet salah satu yang paling popular ialah Boost
Boost juga membolehkan pengguna menambah kredit prabayar dan membeli pelbagai baucar digital.Boost membolehkan pengguna membayar melalui telefon bimbit mereka di lokasi yang mengambil bahagian tanpa perlu menggunakan wang tunai atau kad fizikal.
Apa itu Boost eWallet?
e-dompet yang boleh anda gunakan untuk membayar tanpa perlu menggunakan wang tunai fizikal.
Untuk pengguna prabayar, tambah nilai prabayar mudah alih anda dalam perjalanan dengan Boost dan nikmati pulangan tunai selepas setiap tambah nilai.Anda juga boleh menambah kredit mudah alih untuk orang lain.
- Boost menawarkan pelbagai baucar dari jenama kegemaran anda didiskaun hingga 50% seperti The Chicken Rice Shop, Fashion Valet, Tealive, MyBurgerlab dan banyak lagi.
- Hantarkan baucar ini sebagai hadiah kepada orang yang anda sayangi secara PERCUMA, termasuk juga kepada pengguna bukan Boost.
- Anda juga boleh membahagi bil dengan mudah hanya dengan menghantar atau menerima wang di kalangan keluarga & rakan anda tanpa sebarang caj antara bank.
- Kongsi Invitation Code dan anda boleh dapatkan sehingga RM5 apabila rakan anda membuat pembelian pertama atau pembayaran minimum RM10.
- Mereka yang memasukkan Invitation Code juga akan menikmati RM5 setelah tambah nilai kredit mudah alih RM10 pertama mereka juga!
Bayar dengan Boost di lokasi yang mengambil bahagian ini (https://www.myboost.com.my/places/).
Cara Daftar Boost eWallet
Untuk daftar boleh ikuti langkah di bawah:
- Paling penting kena muat turun dulu aplikasi Boost dari Google Play Store atau Apple App Store
- Buka aplikasi Boost.
- Klik pada “Register”
- Masukkan nombor telefon anda dan Boost app akan menghantar SMS dengan kod TAC 6 digit. (Jika anda tidak menerima SMS, klik pada “Did not receive SMS” dan boost app akan menghantar semula SMS.)
- Masukkan nama anda.
- Masukkan alamat e-mel anda.
- Sediakan kata laluan supaya anda boleh log masuk ke Akaun Boost anda.
- Sediakan PIN transaksi 6-digit untuk membuat semua transaksi dalam aplikasi boost.
- Masukkan invite code (sekiranya ada) untuk mendapatkan tambahan bonus RM 5
- Pilih telco anda
- Pilih wallet pilihan anda – BASIC (dengan had wallet RM200) atau PREMIUM (dengan had wallet RM1,500). Jika anda memilih PREMIUM, anda dikehendaki memberikan butiran IC / pasport anda.
- Anda perlu buat transaksi minimum RM 10, membolehkan anda membuat penghantaran wang kepada seseorang menggunakan nombor telefon bimbit.
Boleh juga baca: Cara daftar BigPay eWallet
Cara Tambah Nilai/Topup Boost eWallet
Berikut adalah cara untuk tambah nilai:
- Buka aplikasi Boost anda
- Klik pada simbol Dompet yang berada pada bucu kanan atas
- Klik pada Add Payment Method
- Kemudian pilih cara pembayaran anda sama ada:
- Credit/Debit Card
- Online banking
- Masukkan Jumlah yang anda ingin tambah nilai (minimum RM10), klik pada Next (simbol anak panah ke kanan)
- Pada bahagian Payment Gateway, ikuti proses pembayaran sehingga selesai
- satu pop up proses Adding Money Into Your Boost Wallet akan tertera kemudian akan tertera mesej Berjaya
- Anda boleh klik pada view transaction untuk melihat dengan lebih detail
Kelebihan Boost
Berikut adalah kelebihan mendaftar di Boost:
- Beli pelan insurans atau takaful yang sesuai dengan gaya hidup
- Pembelian secara dalam talian dengan lebih mudah
- Tambah nilai akaun prabayar anda dengan lebih mudah dan pantas
- Boleh gunakan Boost eWallet untuk pembayaran menaiki pengangkutan awam
- Buat pembayaran bil dengan lebih 50 rakan kongsi pengebil tersedia untuk kategori bil seperti TNB, air, Astro, WiFi, telco pascabayar dan banyak lagi
- Beli baucar digital daripada jenama kegemaran anda sehingga 50% diskaun
Sebarang promosi terbaru boleh rujuk laman promosi Boost di pautan berikut: https://www.myboost.com.my/promotions/
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan,boleh rujuk melalui saluran berikut: