Dah Daftar Boost Merchant?Di dalam dunia teknlogi yang berkembang maju tambahan lagi transaksi sekarang adalah cashless yang memerlukan penggunaan eWallet,terdapat banyak penyedia perkhidmattan eWallet sekarang yang disediakan dan salah satu yang paling popular ialah Boost
Para peniaga wajib memanfaatkannya dengan mendaftarkan sebagai Boost Merchant.Mengikut statistik dari laman Boost sendiri, terdapat 8.8 juta pengguna Boost di Malaysia dengan lebih 200 ribu perniagaan telah mendaftarkan perniagaan mereka untuk menerima pembayaran melalui aplikasi Boost.
Wajib daftar jika anda ingin meluaskan lagi capaian perniagaan melalui Aplikasi Boost Business yang semakin popular di Malaysia.
Apa itu Boost?
Boost merupakan e-dompet gaya hidup tempatan yang bertujuan untuk merevolusikan cara pengguna berurus niaga setiap hari.
Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital termaju, Boost berusaha untuk menjadikan urus niaga lebih mudah, lebih pantas, lebih selamat & keseluruhannya pengalaman yang lebih bermanfaat untuk pengguna.
Dengan aplikasi Boost app, anda boleh membayar di pedagang yang mengambil bahagian dengan telefon bimbit anda tanpa kerumitan menggunakan tunai fizikal.
Boleh juga baca: Cara Daftar Boost eWallet
Cara Daftar Boost Merchant
Untuk membuat pendaftaran/register akaun business anda di Boost anda boleh ikuti proses di bawah:
- Layari laman web Boost: https://signup.boost-my.com/
- Seterusnya anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran.
- Pada bahagian butiran Pemilik / Pengarah:
- Nama Penuh mengikut Kad Pengenalan
- Peranan Syarikat
- Jenis ID
- Nombor Kad Pengenalan
- Alamat emel
- No telefon
- Masukkan Kod Referal (sekiranya ada)
- Kemudian tekan Next dan Selesai
- Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima panggilan daripada pihak Boost untuk tujuan pengesahan dimana anda akan diminta untuk menghantar mereka beberapa dokumen sokongan untuk pengesahana perniagaan dan pengaktifan akaun Boost Business anda.
- Sekiranya anda tidak dihubungi, anda boleh menghantar emel ke business@myboost.com.my atau menghubungi nombor 03-2260 9494 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi – 9 malam).
- Pastikan anda menyediakan dokumen yang diperlukan.
- Maklumat ini akan diminta oleh wakil dari pihak Boost.
- Setelah pihak Boost telah meluluskan akaun business anda, anda boleh log masuk melalui aplikasi mobile Boost Business.
Berikut adalah dokumen pengesahan yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Penyata Bank terkini
- Sijil SSM
- Bil Pelbagai (untuk SSM)
Kelebihan dan Manfaat daftar Boost Merchant
Berikut adalah kelebihan jika anda mendaftar:
- Capaian pengguna – Jutaan pengguna Boost sedia ada
- Pendedahan – Pelbagai tawaran dan promosi menarik oleh pihak Boost agar pengguna berbelanja lebih banyak
- Mudah – Hanya beberapa klik sahaja untuk buat pembayaran
- Selamat – Setiap transaksi adalah selamat dan anda tidak lagi perlu membawa wang tunai
- Murah – Aplikasi Boost Business adalah percuma untuk digunakan dan fi transaksi adalah antara yang terendah di pasaran.
Cara Muat Turun Aplikasi Boost Business
Setelah perniagaan and di terima oleh Boost Merchant,anda boleh uruskan business anda melalui aplikasi tersebut.
Berikut adalah pautan untuk download aplikasi berkenaan:
- Google Play – Android
- App Store -iOS
- App Gallery – Huawei
FAQ Boost Merchant
Apakah ciri-ciri Boost Merchant?
Ciri-ciri Kami dalam Meningkatkan Perniagaan ialah:
Log Masuk Perniagaan – Nikmati urus niaga seharian dengan perniagaan Boost.
Pembayaran Tanpa Tunai melalui QR Code – Terima pembayaran daripada pelanggan anda melalui Imbas & Bayar dengan kod QR statik / dinamik kami.
Periksa Sejarah Jualan Anda – Dapatkan gambaran keseluruhan aktiviti penjualan harian anda dengan mudah.
Lihat Halaman Utama Perniagaan – Nikmati urus niaga seharian dengan perniagaan Boost.
Pembayaran melalui Pautan Pembayaran – Terima pembayaran daripada pelanggan anda melalui Imbas & Bayar dengan kod QR statik / dinamik kami.
Penyelesaian Automatik – Dapatkan gambaran keseluruhan aktiviti penjualan harian anda dengan mudah.
Bila Boost akan membayar ke dalam account bank peniaga?
Pembayaran ke dalam akaun bank anda akan di buat pada keesokkan harinya ( untuk Maybank). Bank lain-lain perlu tunggu 2-3 hari bekerja. Ini adalah standard procedure yang dilakukan. Setakat ini tiada lagi masalah duit tidak masuk ke dalam account peniaga pada tempoh yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah: