Dah daftar Wise?Anda suka melancong ke luar negara dan ingin kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank?Wise adalah jawapannya dimana anda boleh beli matawang asing terus menggunakan aplikasi Wise.
Anda boleh withdraw duit di mesin ATM menggunakan kad Wise dimana ia menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan.Ok apa sebenarnya wise ni?
Apakah itu Wise?
Wise atau dahulunya TransferWise adalah sebuah syarikat teknologi kewangan pertukaran asing yang berpangkalan di United Kingdom yang diasaskan oleh ahli perniagaan Estonia Kristo Käärmann dan Taavet Hinrikus pada Januari 2011.
Wise ialah penyedia kiriman wang dan perkhidmatan akaun multi-currency global yang dibangunkan untuk memudahkan urusan penghantaran wang ke luar negara, lebih murah dan cepat. Selain urusan penghantaran wang, Wise juga membolehkan pengguna menerima bayaran dengan matawang asing, tukar atau simpan pelbagai mata wang asing selain Ringgit Malaysia.
Kelebihan Wise adalah untuk kirimkan wang ke Luar Negara (terdapat lebih 80 Negara). Terdapat 2 kaedah tranfer wang menggunakan Wise iaitu:
- Fast Transfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa beberapa minit
- Standart Transfer – duit masuk ke akaun penerima dalam masa 30 minit
Berikut adalah kelebihan mendaftar dengan wise:
- Beli matawang asing dengan menggunakan aplikasi Wise.
- Simpan dan tukar di antara lebih 50 matawang dengan segera dan boleh berbelanja di lebih 200 negara di mana sahaja Visa diterima.
- Menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan.
- Mempunyai kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank.
- Pengeluaran duit di mesin ATM dengan menggunakan kad Wise.
- Kadar tukaran wang Wise menggunakan mid-market exchange rate pada setiap masa.
- Tiada baki minimum ditetapkan atau bayaran bulanan dikenakan.
- Laporan transaksi secara serta merta.
- Beku atau aktifkan semula kad anda dengan hanya beberapa klik.
Boleh juga baca: Cara daftar GrabPay
Cara Daftar Wise Online
Pendaftaran Wise boleh dilakukan di web https://wise.com/ atau boleh download aplikasi Wise di :
- Klik pada Register
- Anda boleh membuat pilihan daftar sama ada:
- Menggunakan email – pastikan yang aktif
- Daftar dengan akaun Facebook/Google/Apple
- Sekiranya pilih email, klik Next
- Masukkan no telefon anda, dan klik Send Verification Code. Masukkan Code yang diterima
- Isikan butiran yang diperlukan dan ciptakan Kata Laluan anda
- Kemudian memuat naik ID/My Kad/Pasport anda
- Kemudian anda dikehendaki Selfie muka anda sebagai pengesahan
- Tekan Sign Up
- Pendaftaran akaun Wise anda selesai.
Tutorial video di bawah:
CaraTopup/Tambah Nilai Wise
Untuk tambah nilai boleh ikuti prosed di bawah:
- Log masuk ke akaun Wise anda.
- Klik pada akaun mata wang yang anda ingin tambah nilai.
- Klik Add.
- Masukkan jumlah yang ingin dimasukkan dan jenis mata wang yang ingin anda bayar.
- Pilih cara pembayaran dan klik Continue to payment.
- Ikuti arahan pembayaran yang dipaparkan dengan cara pembayaran yang anda pilih.
Cara Apply dan Guna kad Visa Wise (Travel)
Untuk guna kad tersebut pastikan ada apply dulu kad tersebut.Boleh rujuk langkah permohonan di bawah
- Masuk aplikasi Wise dan klik tab Card.
- Seterusnya klik pada ‘Order your card
- Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah. Kad tersebut akan dihantar terus ke rumah anda berpandukan alamat tersebut.
- Anda boleh pilih penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40. Akan dipaparkan tarikh bila kad tersebut akan sampai kepada anda.
- Tetapkan nama pada kad, no. pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai
- Buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu
- Selesai proses permohonan kad dan diposkan kepada anda dalam masa 2 minggu.
- Setelah kad diterima, Anda boleh gunakan di mana-mana kedai yang anda logo Mastercard/Visa di seluruh dunia.
Nota: Kad ini berharga RM13.70 dan boleh digunakan selama 5 tahun.
Cara transfer duit guna Wise
Untuk buat proses pemindahan wang ke akaun lain,anda boleh ikuti cara dibawah:
- Log Masuk akaun anda mengguna Email dan Kata Laluan anda, tekan Login
- Akan terpapar kalkulator online Wise. Anda boleh tukar Matawang Negara yang anda inginkan, contoh Malaysia, anda pilih MYR
- Masukkan jumlah yang anda ingin tranfer
- Terdapat 2 jenis pilihan tranfer iaitu:
- Easy Tranfer:
- fi yang dikenakan tinggi sedikit.
- Mengguna online banking anda di malaysia untuk membuat bayaran kepada Wise (CIMB Clicks/Maybank2u)
- Low Cost Tranfer
- Fi yang dikenakan rendah sedikit
- Membuat bayaran kepada Wise secara manual di akaun bank anda
- Easy Tranfer:
- Setelah anda pilih jenis pilihan, akan tertera jumlah duit bersih yang akan penerima dapat. Pastikan anda tukar jenis matawang negara penerima. (sekiranya Indonesia, pilih IDR
- Sekiranya anda ingin melihat perbandingan guna Wise atau bank, anda boleh klik pada Compare Price, sekiranya ingin teruskan klik Continue
- Seterusnya klik pada Personal
- Isi kan maklumat yang diperlukan, sahkan maklumat anda dan klik Continue
- Seterusnya pada bahagian anda kirim wang kepada siapa, pilih pilhan anda sama ada MySelf/Someoen Else/Business or Charity.
- Akan terkeluar Pop Up borang maklumat penerima. Anda dikehendaki lengkapkan maklumat penerima, sahkan dan klik Confirm
- Lengkapkan pengesahan yang diperlukan, Contoh, Anda rakyat Indonesia, bekerja di Malaysia lebih dari 12 bulan:
- Nationality: Indonesia
- Residence Of Country: Malaysia
- Setelah lengkap klik Confirm and Continue
- Muat naik dokumen pengesahan yang diperlukan (sekiranya berkaitan)
- Seterusnya pada bahagian pembayaran, ikuti arahan pembayaran selanjutnya dan Selesai
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui saluran di bawah::