Harta Sepencarian:Cara Mohon(Bercerai atau kematian pasangan)

Estimated reading time: 3 minutes

Harta Sepencarian sebenarnya boleh di tuntut berdasarkan kiraan dan sumbangan masing-masing semasa dalam perkahwinan.

Anda perlu sedar hak anda dan bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan di masa hadapan.Pemohonan boleh di buat jika pasangan itu sudah bercerai dan telah berlaku kematian

Apakah maksud Harta Sepencarian?

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.

Harta yang diperolehi oleh suami isteri, semasa dalam perkahwinan dengan usaha bersama atau harta yang diperolehi sebelum perkahwinan tetapi dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

Kategori Harta yang boleh dituntut

Untuk makluman,berikut adalah harta yang boleh dituntut:

  • Harta tidak alih.
  • Harta Alih: Barang kemas, unit amanah, share syarikat, kereta, motor dan sebagainya.

Keadaan apabila harta ini boleh dituntut

Berikut adalah situasi dimana harta ini boelh dituntut:

  1. Penceraian
    1. Pihak isteri atau isteri harta pencarian ke atas harta pasangan melalui proses mahkamah.
  2. Suami Berpoligami
    1. Apabila suami berpoligami, maka isteri pertama akan menuntut hak sepencarian di mahkamah.
  3. Suami Meninggal Dunia
    1. Apabila suami meninggal, hak isteri ke atas harta pusaka suami ialah 1/8, hak ibu-bapa suami ialah masing-masing 1/6, dan baki dibahagikan kepada anak-anak.
  4. Pasangan Tiada Anak
    1. Apabila suami meninggal dunia terlebih dahulu, hak isteri ke atas harta pusaka suami bagi yang tiada anak ialah 1/4, baki 3/4 akan difaraidkan kepada ibu bapa suami dan adik-beradik suami.

Tempoh masa Tuntutan

Harta pencarian boleh dituntut jika berlaku perkara seperti berikut:

  • Perceraian
  • Poligami
  • Slepas kematian salah satu pihak.

Kadar Pembahagian Tuntutan

Bahagian pihak suami atau isteri akan ditentukan berdasarkan jumlah sumbangan mereka ke atas harta pencarian tersebut. Sumbangan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumbangan secara langsung dan secara tidak langsung.

  • Sumbangan secara langsung: Wang deposit pembelian harta, bayaran ansuran bulanan, kos renovasi, pembayaran cukai/ maintenance fee dan lain-lain.
  • Sumbangan tidak langsung: Urusan rumahtangga yang diuruskan oleh isteri seperti idea, dorongan dan lain-lain.

Dokumen penting

Berikut adalah dokumen-dokumen penting permohonan:

Cara Mohon tuntutan Harta Sepencarian

Permohonan boleh di tuntut atau di failkan di Mahkamah Tinggi Syariah negeri di tempat pihak permohon bermastautin. Pemohon boleh melantik Peguam Syarie untuk membantu dan mewakili pemohon dalan tuntutan tersebut.

Nota: Untuk makluman anda, proses tuntutan harta pencarian bukannya mudah dan perlukan kos serta perlukan masa untuk menyelesaikannya.

Kelebihan membuat perjanjian Harta Sepencarian

Berikut adalah kelebihan membuat perjanjian:

  • Suami isteri mendapat hak yang adil dan berpuas hati.
  • Mempercepatkan proses pembahagian harta sepencarian.
  • Mengelakkan berlaku perbalahan ahli keluarga.

Kesan dari membuat perjanjian adalah:

  1. Kes Bercerai
    • Hak isteri akan terbela. Isteri akan mendapat bahagian harta suami 50%
  2. Kes Suami Berpoligami
    • Hak isteri tidak terjejas. Isteri akan tetap mendapat hak suami 50% walaupun sudah dimadukan.
  3. Kes Suami Meninggal Dunia
    • Isteri tetap dapat 50% harta sepencarian dan 1/8 harta faraid.
  4. Kes Tidak Memiliki Anak
    • Isteri tetap dapat 50% harta sepencarian dan 1/4 daripada baki 50% sebagai harta pusaka.

Contoh Situasi

Berikut adalah contoh situasi yang boleh anda buat rujukan:

Saya dan suami membeli sebuah rumah dalam tempoh perkahwinan yang didaftarkan atas nama bersama. Bolehkah saya mendapat 50% bahagian dari rumah tersebut?

  • Bahagian harta pencarian tersebut akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah berdasarkan kadar sumbangan suami dan isteri. Namun jika suami dan isteri bersetuju untuk membahagikan secara sama rata atau mengikut pembahagian tertentu yang dipersetujui, pihak-pihak boleh mengesahkan perjanjian bersama tersebut di Mahkamah Syariah dan dijadikan sebagai Perintah.

Semasa dalam tempoh perkahwinan, suami saya membeli beberapa harta yang dinamakan atas nama beliau seorang. Saya tidak bekerja dan tidak mempunyai sumbangan kewangan ke atas harta-harta tersebut. Adakah saya masih boleh menuntut harta pencarian selepas perceraian?

  • Ya anda boleh menuntut harta pencarian dan boleh mendapat bahagian berdasarkan sumbangan secara tidak langsung.

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via